Solat Jumaat: Apabila Dasar Awam Memihak Kepada Ibadah

Jumaat 20 November 2026 lepas, Khoo Poay Tiong mengetengahkan isu penutupan premis perniagaan di Kuala Terengganu.

Khoo Poay Tiong adalah Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan dan Ahli Parlimen Kota Melaka.

Walaupun sudah menyebut “saya memohon maaf” sebanyak 3 kali dalam kenyataannya, Khoo Poay Tiong tak menarik kembali videonya. Video tersebut masih ada Facebook beliau.

Keindahan Solat Jumaat

Saya ingin menyentuh polisi berani MBKT tentang penutupan premis sempena Solat Jumaat ini. Penting untuk kita memahami rasional dan mekanisme di sebalik polisi ini, supaya kita dapat buat pendirian samada setuju atau tidak.

Solat Jumaat adalah perhimpunan mingguan umat. Surau-surau kecil ditutup, dan para muslimin berhimpun di masjid-masjid besar tertentu. Pada hari itu, Tuan Nazir atau Imam Besar akan berpidato, meluruskan kembali kefahaman warga dan mengetengahkan isu-isu terkini negara menurut perspektif wahyu.

Para hadirin pula merapatkan saf, mengucapkan “amin” serentak bersama dan bersalaman antara tua dan muda. Ketika inilah kita dapat kenal anak kawan kita, dan berjumpa semua ahli kariah kita.

Ia suasana solidariti yang produktif. Sebab itu ada beberapa negeri yang berani menjadikan Jumaat sebagai hari cuti. Negeri ini percaya bahawa aspek rohaniyat dan sosial rakyat sangat penting untuk kesejahteraan negeri.

Realiti Pekerja di Lapangan

Ketika berkhidmat sebagai perunding industri Halal di Lembah Klang, saya jumpa banyak kes lelaki Muslim tak dibenarkan Solat Jumaat, atas alasan tak cukup staff. Perkara ini banyak berlaku di restoran dan hotel.

Sehingga, JAKIM melalui Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 menyatakan dengan jelas di Perkara 17, Item 11 (b), “Pekerja Muslim hendaklah diberikan pelepasan dan diperuntukkan masa yang sewajarnya untuk menunaikan solat fardhu termasuklah solat Jumaat”.

Kisahnya, ketika saya mengaudit sebuah restoren, pengurus restoren itu sendiri menyatakan kekesalannya terhadap halangan Solat Jumaat. Pengurus itu meminta saya memberikan notis ketidak akuran kepada majikannya, dan memaklumkan dirinya sudah menyerahkan surat peletakan jawatan, disebabkan halangan tersebut.

Penutupan Premis: Perlu atau Tidak?

Polisi penutupan premis ini sudah dijalankan di Terengganu sejak 2024 secara tenang, tiba-tiba ada orang dari luar masuk dari beri kritikan. Kelakar betul!

Saya sokong penuh polisi penutupan premis ini, kerana ia memudahkan pemantauan. Nampak saja lelaki tak pergi Solat Jumaat, penguatkuasa boleh terus soal siasat.

Dari aspek keselamatan pula, para pekerja wanita pula tak perlu bimbang menjaga premis ketika ketiadaan pekerja lelaki, kerana kedai ditutup sementara.

Lihatlah di Lembah Klang. Lelaki Muslim masih banyak di restoren dan pasaraya ketika waktu Solat Jumaat. Walaupun ada enakmen negeri, tapi bagaimana nak menguatkuasakannya?

Tutup premis atau tidak bukanlah persoalan sebenar. Soalan sebenar ialah apakah inisiatif pemerintah untuk memastikan rakyatnya dalam menunaikan titah Tuhan?

Pentingnya Kebenaran Digandingkan Dengan Kuasa

Video Khoo Poay Tiong berbahasa cina, usai kalah besar di PRN Melaka itu, sepatutnya membuka mata kita, bahawa kuasa dan dominasi mesti selalu berada di tangan orang yang menjadikan wahyu sepagai panduan. Hanya orang ini boleh bawa kesejahteraan.

Manakala orang yang menafikan kebenaran; mereka hanya membawa manusia menafikan kebenaran juga, tak lebih dari itu. Maka, kita tak boleh berharap kepada selain kita.

Kita juga tak perlu apologetik. Jika niatnya adalah membawa manusia kepada Tuhan dan kebenaran, maka jalan terus, dan jangan layan suara sumbang. Dari masa ke masa, kita tambah baik pelaksanaannya.

Moga bumi Allah Malaysia sentiasa mendaulatkan syariat-Nya.

Ustaz Bilal Bin Jailani
Felo Muafakat Ilmuan Islam Malaysia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top