Visi dan Misi MUIS

Membina kepimpinan ulama
bagi memandu ummah dengan Islam Wasatiy.

VISI

Institusi Ulama yang menjadi rujukan utama umat dalam memimpin arus pemikiran dan kehidupan berteraskan Islam Wasatiy

MISI

Mengkaji dan mengarusperdanakan kefahaman Islam Wasatiy secara tersusun dalam masyarakat.
Menghimpun, membangunkan dan memperkasa tenaga asatizah sebagai barisan kepimpinan ilmu umat.
Menjalin kerjasama strategik dengan institusi, badan ulama dan tokoh masyarakat dalam membina kefahaman Islam yang sahih dan bersepadu.

Manhaj Islam Wasatiy

Jalan Seimbang Membina Peradaban

Islam Wasatiy merupakan pendekatan yang menekankan keseimbangan,
keadilan dan kesempurnaan dalam seluruh aspek kehidupan,
berteraskan wahyu serta dipandu oleh prinsip kebenaran.

Islam Wasatiy bukan sekadar konsep kesederhanaan, tetapi satu manhaj yang menyeluruh dalam memahami dan mengamalkan Islam secara tepat dan seimbang
Ia menolak sikap melampau (ifrāṭ) dan mengabaikan (tafrīṭ), serta membimbing manusia untuk hidup berasaskan prinsip kebenaran, keadilan dan tanggungjawab dalam setiap aspek kehidupan.

“Islam Wasatiy menekankan keseimbangan, keadilan dan kesempurnaan dalam kehidupan manusia.”

RABBANI

Berteraskan wahyu sebagai sumber utama dalam menentukan kebenaran dan panduan hidup.

SEIMBANG

Mengharmonikan antara dunia dan akhirat, akal dan wahyu, individu dan masyarakat.

BERPRINSIP

Berpegang teguh kepada kebenaran tanpa dipengaruhi oleh ekstrem atau kepentingan tertentu.

SYUMUL

Meliputi seluruh aspek kehidupan; aqidah, ibadah, pemikiran, sosial dan sistem hidup.

MEMBINA PERADABAN

Membentuk masyarakat sejahtera, berilmu dan berakhlak berteraskan nilai Islam.

Ketahui bagaimana MUIS menyusun kepimpinan dalam membina ummah

Scroll to Top