Seluar dijilat anjing

Assalamualaikum ustaz,kalau seluar dijilat anjing, nak kena samak bahagian yang kena jilat ataupun satu seluar?

Jzkk

Jawapan:

:الحمدلله والصلاة والسلام علي رسول الله، وبعد

Mengikut mazhab Syafie dan Hanbali, bahagian yang terkena air liur, air kencing dan lain-lain bahagian yang basah daripada anjing dan khinzir dibasuh dengan air tujuh kali, salah satunya dengan tanah yang suci. Jika jilatan anjing itu mengalir ke seluruh bahagian seluar, hendaklah disamak keseluruhannya, jika tidak, maka cukup di bahagian jilatan itu sahaja.

Sekian والله أعلم بالصواب

Rujukan:

Dr. Wahbah al-Zuhayli, Fiqh Islami, 1/180.

Disediakan oleh:
Ustaz Razali Musa
Ahli Panel Muis 

5 thoughts on “Seluar dijilat anjing

  • August 12, 2010 at 9:18 pm
    Permalink

    assalamualaikum saya nak tanya bagai mana maksud samak 7 kali..ada org kata kita kena ulang 7 kali tanah dan 7 kali air..betul ker?dan apakah niat untuk samak..

  • September 9, 2010 at 8:10 pm
    Permalink

    7 kali, satu kali air tanah, 6kali air biasa.. Kan ustad?

  • September 13, 2010 at 11:12 pm
    Permalink

    Ya, mulakan dengan air tanah dan 6 kali berikutnya dgn air biasa. Sekarang dah mudah kerana di pasaran dah ada dijual sabun taharah yg merupakan sabun yg dibuat khusus menepati kualiti air tanah yg diperlukan untuk mencuci jilatan anjing.
     
    sekian والله أعلم
    s/u muis

  • September 13, 2010 at 11:15 pm
    Permalink

    untuk mencuci atau samak, niat tidak menjadi syarat.
     
    sekian والله أعلم
    s/u muis

  • February 11, 2011 at 4:05 pm
    Permalink

    Samak adalah cara menyucikan kulit binatang..
    bahagian yang terkena air liur, air kencing dan lain-lain bahagian yang basah daripada anjing dan khinzir dibasuh dengan air tujuh kali, salah satunya dengan tanah yang suci. Jika jilatan anjing itu mengalir ke seluruh bahagian seluar, hendaklah di"samak" keseluruhannya. Perkataan Samak disitu hendaklah ditukar kepada "basuh". Sila betulkan jika salah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *