Hukum bersanding

Assalamualaikum ustaz,
Apakah hukum bersanding? Saya melihat di Malaysia ni dah macam jadi adat dan budaya.

Jawapan:

بسم الله الرحمن الر حيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
 وبعد,

Bersanding adalah salah satu adat yang berlaku di dalam kenduri perkahwinan. Ada pandangan mengatakan bahawa ianya merupakan adat yang diambil daripada India. Ini seperti yang diterangkan oleh De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) dan mereka berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

Antara matlamat diadakan kenduri kahwin adalah untuk melakukan pengisytiharan bahawa hubungan kedua mempelai adalah sah sebagai suami isteri. Di dalam mengadakan kenduri perkahwinan berkenaan, terdapat beberapa acara termasuklah upacara persandingan.

Bersanding berlaku dengan meletakkan kedua mempelai duduk bersebelahan di tempat yang dipanggil sebagai pelamin yang dihias indah untuk dipertontonkan kepada tetamu yang hadir.

Untuk mengetahui hukum upacara persandingan di dalam Islam, terlebih dahulu kita perlu mengetahui beberapa acara yang berkaitan dengan persandingan secara jelas bertentangan dengan agama Islam jika ia dilakukan.

  1. Penggunaan beras kunyit, jampi mentera semasa berandam, atau ketika mendirikan pelamin kononnya untuk menghalau hantu dan syaitan. Sabda Rasulullah s.a.w:

    عن أبي هريرة رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : من أتى عرّافا أو كاهنا فصَدَّقَه بما يقول فقد كفر بما أُنزِل على محمد.

    Maksudnya: "Diriwayatkan daripada Saidina Abu Hurairah r.a. katanya: Sabda Baginda s.a.w. : Sesiapa yang mendatangi dukun dan bomoh ,malah membenarkan apa yang disebutkan oleh dukun atau bomoh tersebut, Sesungguhnya (orang-orang yang mendatangi bomoh dan dukun sebegini) telah mengingkari apa yang diwahyukan kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam."

  2. Melakukan beberapa larangan Allah seperti membuang bulu kening, mengikir gigi dalam upacara mengandam:

    لعن النبي صلى الله عليه وسلم الواصلة والمستوصلة ، والواشمة والمستوشمة .
    الراوي: عبدالله بن عمر المحدث: البخاري – المصدر: صحيح البخاري – الصفحة أو الرقم: 5940
    خلاصة حكم المحدث: [صحيح]

    Bermaksud: Nabi s.a.w melaknat orang yang menyambungkankan dan meminta rambutnya disambung, orang yang membuat tatto dan orang yang meminta dirinya untuk ditattoo.

  3. Berhias untuk membuat penampilan kepada orang ramai sehingga tidak menghiraukan lagi batasan syara’ dalam perhiasan diri seperti pengantin lelaki dipakaikan emas dan sutera, pengantin perempuan berpakaian membuka aurat dan bertabarruj secara jahiliyyah.

    وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأُولَى
    (Ahzab 33) .

    Firman Allah taala di dalam surah al- Nur ayat 31:

    وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آَبَائِهِنَّ أَوْ آَبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

    (Surah al-Nur 31)

    Maksudnya: "dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka ; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka , atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat wanita, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah taala, wahai orang-orang yang beriman , supaya kamu berjaya."

  4. Melakukan pembaziran di dalam menyediakan kelengkapan untuk persandingan seperti singgahsana pelamin.al-Isra’ 26.

    "dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau."
    (Surah al-Isra’ 26)

    Al-Imam al-Jurjani mengatakan bahawa al-Israf ialah mengeluarkan harta lebih daripada perkara yang diperlukan.Manakala al-Tabzir pula ialah mengeluarkan harta bukan kepada perkara yang diperlukan (perkara maksiat).

Bersanding harus dengan syarat tidak melibatkan perkara-perkara di atas.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

 

Disediakan oleh:
Ustaz Zamri Hashim
Sekretariat MUIS

 

6 thoughts on “Hukum bersanding

  • July 1, 2010 at 6:38 am
    Permalink

    salam.ustaz, jadi kalau org yg bersanding tapi takde elemen2 khurafat tu takpe lah ye ustaz?

  • July 16, 2010 at 10:35 pm
    Permalink

    Salam. Saya sokong dgn soalan ibnuazzam. Jadi kalau org yg bersanding dgn menjaga segala aurat dan elakkan dari pembaziran tidak mengapakan?

  • August 27, 2010 at 2:01 pm
    Permalink

    maaf saya nak tanya apa hukum org yang menjadi mak andam…sebab saya ada buka butik pengantin tetapi saya dah tutup sebab tak yakin dengan hasil pendapatanya …adakah halal atau tidak… adakah membuat pelamin..menyolekkan …itu tak boleh….

  • May 23, 2011 at 11:31 am
    Permalink

    tak payah bersanding la….adat india la…..huhuhuhuhu….sebenarnya saya amat gayat dengan pelamin…..

  • June 7, 2011 at 4:15 pm
    Permalink

    Assalamua'laikum ustaz, di sini saya ingin bertanyakan tentang persandingan. Sahabat saya bertanyakan pendapat saya. Ini soalannya:
    Bagaimana jika saya (pengantin lelaki) telah bersetuju dengan pihak perempuan untuk melangsungkan persandingan di dalam majlis perkahwinan saya, tetapi sy tidak tahu bahawa adat yang bakal dijalankan adalah bercanggah dengan syarak? Wajarkah sy membatalkan majlis tersebut walaupon semua persiapan, perbelanjaan makanan dan kesemuanya telah disediakan? Adakah dibolehkan dan dituntut dalam islam, jika sy batalkan majlis tersebut…pelbagai masalah akan timbul termasuklah pembaziran yang terlalu banyak, menimbulkan aib wakil dan keluarga pihak perempuan, walhal mereka tidak tahu adat / adab tersebut diharamkan islam dan sebagainya.
    Jawapan yang saya berikan pada dia: Apa yang penting adalah tidak wajar anta membatalkan perkahwinan tersebut pd hari perkahwinan anta kerana jika anta lihat, sudah ramai pengunjung yang datang ke majlis anta, kesemua persiapan dan lauk hidangan sudah disediakan. Jika anta lihat balik, andaikata anta membatalkan majlis perkahwinan anta last minute, pelbagai perkara yang tidak baik akan berlaku termasuklah pembaziran yang terlalu besar, pembukaan aib warga pihak perempuan dan lelaki, timbulnya fitnah mulut dan keadaan akan menjadi terlalu kucar kacir. Apa yang penting, niat anta mmg tidak mahu lakukan tetapi demi menjaga keadaan, tak perlulah sampai membatalkan majlis last minute. Apa yang penting ini menjadi tauladan kepada anta, dan segala apa yang ingin dibuat keputusan, perlulah berlandaskan syarak sebelum membuat keputusan.
    Adakah jawapan saya ini wajar ustaz? 
    Terima kasih ustaz.

  • October 24, 2011 at 9:15 am
    Permalink

    Bukankah dah dijawab segala persoalan2 tersebut diatas? Harus dengan syarat. Bacalah baik2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *