Menjamakkan solat Jumaat dengan solat Asar

Assalamualaikum ustaz,

Dalam keadaan musafir, bolehkah kita Solat Asar dijamakkan dengan Solat Jumaat. Atau adakah kita tak perlu solat Jumaat, sebaliknya solat Zuhur dan jamak dengan solat Asar.

Jawapan:

:الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام علي رسول الله , وبعد

Persoalan yang ditanya merupakan masalah khilaf (berlaku perbezaan pandangan) di kalangan ulama. Memang ramai ulama berpandangan perlu menjamakkan solat zohor dengan solat asar. Namun terdapat ulama yang menyatakan harus (boleh) jamak solat Jumaat dengan solat Asar.

Antara ulama semasa yang menyatakan harus menjamakkan solat Jumaat dengan solat Asar ialah Syeikh A'llamah Ibnu Qu'ud r.a, Syeikh Abdullah bin Jibrin, Syeikh Soleh al-Luhaidan, Syeikh Sulaiman al-'Ulwan, Syeikh Sulaiman al-Majid, Prof Dr. Sa'ud bin Abdullah al-Fanisan dan lain-lain.

Prof. Dr Sa'ud bin Abdullah, prof tafsir dan bekas dekan Fakulti Syariah Universiti al-Imam telah menyatakan bahawa fuqaha mengharuskan jamak solat Jumaat dengan solat Asar. Dalam kajian yang dibuat, beliau telah membawa lima hujah bagi membuktikan pandangan yang menyatakan harus menjamakkan solat Jumaat dengan solat Asar. Untuk melihat kajian yang telah dibuat oleh Prof. Dr Sa'ud dalam permasalahan ini, bolehlah melihatnya di alamat berikut:

http://islamtoday.net/bohooth/artshow-86-108130.htm

Sebagai kesimpulan, menjamakkan solat Jumaat dengan solat Asar merupakan masalah khilaf. Setiap ulama mempunyai pandangannya. Saya cenderung kepada pandangan yang menyatakan keharusan menjamakkan solat Jumaat dengan solat Asar berdasar kajian yang telah dibuat oleh Prof. Dr Sa'ud bin Abdullah al-Fanisan.

Sekian والله أعلم بالصواب

Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *