Sembelihan dengan mesin

Assalamualaikum ustaz,

Apakah hukum ayam-ayam yang dipotong menggunakan mesin? Adakah halal untuk dimakan dan apakah syarat tambahan jika memotong menggunakan mesin?

Jawapan:

Berlaku perbezaan pendapat di kalangan ulama dalam masalah ini. Bagi menjawab persoalan di atas, saya membawa pandangan Dar al-Ifta' Mesir (Rumah/Pusat Fatwa Mesir) seperti berikut:

Jumhur ulama fikah mengatakan setiap alat yang mengalirkan darah dan memutuskan urat dikira sebagai alat sembelihan, kecuali kuku dan gigi. Disyaratkan juga alat sembelihan itu menyembelih dengan ketajamannya bukan dengan cara lain [seperti aliran elektrik – pent.] Dan disyaratkan mereka yang menjalankan mesin tersebut adalah seorang Islam. Walahu `alam..

Jadi, apabila sembelihan dilakukan dengan mesin seperti di atas maka sembelihannya adalah sah.

Sekian والله أعلم

Rujukan:

Disediakan oleh:
Ustaz Razali Musa
Ahli Panel MUIS 

2 thoughts on “Sembelihan dengan mesin

  • June 24, 2010 at 2:41 pm
    Permalink

    salam, jzkl khair ustaz. jika penyembelih/org yg mengendalikan mesin org islam, maka sah sembelihannya. tp jika die tdk menyebut nama Allah ketika menyembelih, bgmana? atau adakah kita x perlu persoalkan bnd2 begini krn ia diluar bidang kuasa kita? wallahu a'lam

  • June 29, 2010 at 5:46 pm
    Permalink

    telah berkata Imam Shafie': halal sesuatu sembelihan yang tidak membaca bismillah samada secara sengaja atau tesilap (Fiqh Sunnah)
     
    s/u muis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *