MuamalatSoal Jawab

Tidak boleh kaffarah sumpah dengan terus berpuasa

Assalamualaikum ustaz,

Bolehkah saya terus membayar kaffarah sumpah dengan berpuasa tiga hari terus tanpa usaha untuk memberi makan atau pakaian kepada 10 org miskin atau bayar di pusat zakat terlebih dahulu? Minta penjelasan.. Jazakallah khairan kathira

Jawapan:

الحمدلله رب العالمين و الصلاة و السلام علي أشرف الأنبياء و المرسلين

:وعلي آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلي يوم الدين ، أما بعد

Membayar atau menunaikan kaffarah sumpah adalah satu kewajiban berdasar firman Allah swt:

لَا يُؤَاخِذُكُمُ اللَّهُ بِاللَّغْوِ فِي أَيْمَانِكُمْ وَلَـٰكِن يُؤَاخِذُكُم بِمَا عَقَّدتُّمُ الْأَيْمَانَ ۖ فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَاكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ ۖفَمَن لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ ۚ ذَ‌ٰلِكَ كَفَّارَةُ أَيْمَانِكُمْ إِذَا حَلَفْتُمْ ۚ وَاحْفَظُوا أَيْمَانَكُمْ ۚ كَذَ‌ٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Maksudnya:
Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah dan jagalah peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur. (al-Maidah:89)

Mengikut kitab Fiqh al-Muyassar, kaffarah sumpah bermula dengan pilihan dan berakhir dengan tertib.
Maksudnya, pada peringkat awal diberi pilihan menunaikan kaffarah kepada tiga jenis perkara seperti yang disebut dalam ayat di atas, iaitulah:

1) Memberi makan sepuluh orang miskin, atau 
2) Memberi pakaian kepada sepuluh orang miskin, atau
3) Memerdekakan seorang hamba.

Jika tidak mampu melakukan tiga pilihan di atas, maka mengikut tertib berikutnya hendaklah dia berpuasa tiga hari samada secara berturut-turut atau tidak berturut-turut. Para fuqaha telah bersepakat bahawa puasa hanya boleh dilakukan jika dia tidak mampu melakukan tiga pilihan di atas.

Sebagai kesimpulan, kaffarah sumpah mesti ditunaikan dengan melakukan salah satu daripada tiga pilihan seperti yang disebut dalam ayat al-Quran di atas. Puasa hanya boleh dilakukan apabila dia tidak mampu melakukan tiga pilihan tersebut.

Sekian والله أعلم

Rujukan:
1) Syed Sabiq, Fiqh Sunnah.
2) Ahmad Isa A'syur, Al-Fiqh Al-Muyassar.
3) Dr Wahbah Zuhaili, Fiqh Islami wa Adillatuhu.

Disediakan oleh:
Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS 

11 thoughts on “Tidak boleh kaffarah sumpah dengan terus berpuasa

  • Adlee

    Salam, 
    Ustaz, kalau kita nak bayar di tabung anak yatim di masjid boleh?

  • Assalamualaikum..
    Ustaz, saya pernah bersumpah beberapa tahun lepas bahawa saya tidak akan lagi melakukan onani. Tetapi malangnya, saya telah melanggar sumpah tersebut. Jadi, selepas saya melanggar sumpah tersebut, saya telah beronani dengan berulang-ulang kali. Jadi, Perlukah saya membayar kafarah setiap kali saya beronani? Atau saya hanya perlu membayar kafarah sekali sahaja?

    Harap Ustaz dapat meluangkan masa menjawab soalan saya ini. Wassalam.

  • Setiausaha MUIS

    Biasiswa adalah pendapatan yang diperolehi oleh seorang student seperti pendapatan orang biasa yang bekerja dengan majikan. Ada student yg dapat biasiswa hanya cukup untuk makan sahaja. Bahkan ada student yg dapat biasiswa sehingga boleh hantar kat keluarga di kampung. Jadi, jika nilai biasiswa cukup dan mampu untuk menunaikan salah satu daripada dua tuntutan sumpah seperti di atas (membebaskan hamba sudah tiada sekarang), maka dia kena melakukannya. Jika tidak mampu seperti nilai biasiswa tak cukup, maka barulah melakukan kaffarah dengan berpuasa.
    sekian والله أعلم
    s/u muis

  • Setiausaha MUIS

    Biasiswa adalah pendapatan yang diperolehi oleh seorang student seperti pendapatan orang biasa yang bekerja dengan majikan. Ada student yg dapat biasiswa hanya cukup untuk makan sahaja. Bahkan ada student yg dapat biasiswa sehingga boleh hantar kat keluarga di kampung. Jadi, jika nilai biasiswa cukup dan mampu untuk menunaikan salah satu daripada dua tuntutan sumpah seperti di atas (membebaskan hamba sudah tiada sekarang), maka dia kena melakukannya. Jika tidak mampu seperti nilai biasiswa tak cukup, maka barulah melakukan kaffarah dengan berpuasa.
    sekian والله أعلم
    s/u muis

  • Nauwwar hanna

    afwan, maksud ana student yang x bekerja tp dpt biasiswa bulanan klu nak tunaikan kaffarah sumpah kene buat dulu syarat pertama ke?

  • Setiausaha MUIS

    maaf! saya tak faham kehendak soalan anda
    sekian
    s/u muis

  • Nauwwar hanna

    salam ustaz, bagaimana klu seorang pelajar yg dpt biasiswa bulan2 nak kaffarah sumpah?? adakah kene buat dlu syarat pertama dahulu klu x mampu baru syarat ke 2?? mtk sedikit penjelasan.syukran ana dahulukan…

  • Setiausaha MUIS

    w'salam,
    1) boleh bayar dekat baitul mal di jabatan/majlis agama. biasanya mereka memang menerima bayaran kaffarah.
    2) memberi makan orang miskin bermaksud memberi secupak beras untuk seorang miskin seperti kadar zakat fitrah semasa bulan ramadhan (al-iqna) .
    sekian wallahu a'lam
    s/u muis

  • yang bertanya

    salam ustadz, mampu tu dalam erti kata macamane ye? kalau jumpa orang miskin terus bagi nasi lauk boleh ke? 

  • hamba Allah

    Salam ustadz, kalau susah nak cari orang miskin untuk bagi makan atau pakaian macamane? ade x cara seperti bayar kt pusat zakat ke..Jazakallahkk

  • hamba Allah

    Salam ustadz, kalau susah nak cari orang miskin untuk bagi makan atau pakaian macamane? Jazakallahukhairan kathera seperti bayar kat pusat zakat ke..era.. ada x ca

Leave a Reply