Menggerakan jari ketika tahiyyat

Assalamualaikum ustaz,

Saya maklum, ketika tahiyyat perlu mengangkat jari telunjuk. Soalan saya, adakah kita perlu mengerakkan jari tersebut secara berulang, ataupun kekal tegak, ataupun angkat sebentar kemudian terus jatuh. Apa pandangan feeqh dalam soal ini.

Wassalam wbt

Jawapan:

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين

Antara perkara paling asas yang perlu diketahui di dalam ibadat solat bahkan ibadat-ibadat yang lain ialah membeza antara perkara-perkara yang wajib dan perkara-perkara yang tidak wajib.

Mengangkat jari telunjuk ketika tasyahhud ataupun tahiyyat termasuk dalam perkara-perkara yang tidak diwajibkan di dalam solat bahkan hukumnya adalah sunat.Maka perbezaan pandangan ulama’ mengenainya tidaklah menjadi perkara yang janggal dan tidaklah menjadi alasan untuk saling menyalahkan di kalangan masyarakat muslim.

Berikut adalah cara mengangkat jari ketika tahiyyat mengikut perbezaan mazhab:-
1) Mazhab Hanafi :Mengangkat jari telunjuk ketika melafazkan penafian iaitu pada perkataan “laa” dan menurunkannya kembali ketika melafazkan ithbat “illallah…”
2) Mazhab Shafie :Mengangkat jari telunjuk ketika melafazkan “illallah’tanpa menggerakkannya.
3) Mazhab Maliki : Menggerakkannya ke kiri dan ke kanan sehingga selesai solat.
4) Mazhab Hanbali : Mengangkatnya ketika menyebut ismu jalalah (nama Allah )
Masing-masing pandangan mempunyai hujjah antaranya:

Hadith riwayat Imam Muslim menyatakan Nabi SAW “mengangkat jarinya “dan berlaku penambahan “mengangkat jari tanpa menggerakannya “ di dalam riwayat Nasa’I dan Abu Daud .

Dalam satu lagi hadith yang di riwayatkan oleh Nasa’I , bahawa Nabi SAW mengangkat jarinya dan menggerak-gerakkannya ketika melafazkan lafaz-lafaz doa (di dalam tahiyyat) .

Sebagai tambahan , sunat hukumnya mata kita melihat kea rah jari telunjuk berkenaan dan jari itu di halakan kea rah qiblat .

Berkata Imam Nawawi dalam sharah Muslim sunat hukumnya melihat ke

arah jari telunjuk dan dihalakan ke arah qiblat dengan niat tauhid dan ikhlas seperti mana terdapat di dalam hadith sahih sunan Abi Daud .

و صلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

والله أعلم بالصواب

Disediakan oleh:
Ustaz Zamri Hashim 
Sekretariat MUIS

4 thoughts on “Menggerakan jari ketika tahiyyat

  • May 21, 2010 at 2:37 pm
    Permalink

    jadi, kita nk ikut yg mane ye?

  • May 21, 2010 at 3:57 pm
    Permalink

    jika anda belum sampai peringkat boleh menilai dalil-dalil dan kaedah istinbat, maka anda perlu mengikut pandangan imam mazhab yang menjadi ikutan anda. (Imam Hasan al-Banna dlm usul 20)
    Jika anda sudah sampai peringkat boleh menilai dalil-dalil, hujah dan kaedah istinbat yang digunakan oleh para fuqaha, maka pilihan adalah pada 'hasil penilaian' anda.
    sekian والله أعلم
    s/u muis

  • May 22, 2010 at 5:21 pm
    Permalink

    salam ustaz,
    istinbat tu ape dia?

  • August 18, 2010 at 3:32 pm
    Permalink

    Assalamualaikum ustaz,
    Kalau yang gerak2kan jari atas ke bawah sampai selesai tahiyyat itu mazhab apa pula?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *