DakwahFiqh SemasaKolumnis

Golongan keliru jantina perlu diasingkan bagi mengelakkan kekeliruan

Orang yang keliru jantinanya ketika dewasa seharusnya diasingkan dari orang awam hingga ditentukan jantinanya mengikut jantina asalnya.

Ini berdasarkan kaedah maslahat awam diutamakan berbanding maslahat peribadi.

Apabila sudah ditentukan jantinanya samada lelaki atau perempuan, barulah ia sesuai untuk hidup dalam masyarakat.

Ini kerana jantina merupakan satu perkara asasi dalam taklif dan hukum hakam fiqh.

Ia bukan sekadar dalam isu kesesuaian tandas wanita atau lelaki. Ia berkaitan dengan ‘sejenis’ kehidupan yang berbeza antara lelaki dan wanita, seterusnya menetapkan kategori tertentu dengan jantina tertentu. Bermula daripada bangun tidur hinggalah ke solat jenazah. Lelaki dan wanita wujud dunia yang berbeza dalam mengharungi jenis kehidupan tersebut.

Orang lelaki ada kewajipan dan tanggungjawabnya. Sepertimana wanita juga begitu. Ada yang memisahkan antara lelaki dan wanita iaitu penjagaan batas-batas aurat dan pergaulan. Jadi kecelaruan jantina akan menghancurkan tembok syarak yang jelas tersebut, lalu hidup dalam ‘jenis’ kehidupan yang rosak dan merosakkan.

Jika transgender itu adalah seseorang daripada asalnya lelaki menjadi wanita, itu tetap tidak mengubah status hukum syaraknya sebagai seorang lelaki. Dia wajib solat jumaat, layak menjadi saksi bagi pernikahan, hanya boleh berkahwin dengan wanita, dan haknya dalam harta pusaka juga adalah sebagai seorang lelaki.

Isu pondan dan transgender yang semakin menjadi-jadi hari ini memerlukan kita untuk sedar dan tegas dalam menangani gerakan ‘mungkar’ ini.

Sesiapa dari kalangan mereka yang mahu bergaul dengan masyarakat awam dia sepatutnya diasingkan dahulu hingga ia benar-benar ‘menjadi’ jantinanya tersendiri. Ini kerana kemudaratan masyarakat lebih besar, berbanding dirinya yang terasa hati kerana layanan masyarakat kepadanya. Sepatutnya dia kena fikir bagaimana tergurisnya perasaan umat Islam apabila wujud di kalangan mereka orang-orang yang dilaknat oleh Allah SWT dan mencelarukan suasana masyarakat.

Berleluasanya gerakan ini memberi kesan yang sangat besar dalam pendidikan generasi akan datang, termasuklah pengaruhnya kepada tumbesaran anak-anak kita.

Tanggungjawab mengekang dan membanterasnya adalah tanggungjawab kita semua.

Wallahua’lam

Ustaz Ahmad Syamil bin Mohd Esa
Penolong Setiausaha
Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *