MuamalatSoal Jawab

Bayaran cagaran tanah

Assalamualaikum ustaz,

Sepuluh tahun lepas, ibu saya mencagarkan sebidang tanah untuk pinjaman duit sebanyak RM 2000.
Sekiranya saya ingin membayar semula wang tersebut sekarang berapakah jumlah yang perlu dibayar?
Sekiranya tanah tersebut ingin dijual,yang mana masih lagi di atas nama ibu saya,bagaimanakah cara pembahagian duit hasil jualan tersebut?

Syukran jazilan.

Jawapan:

ΩˆΨΉΩ„ΩŠΩƒΩ… Ψ§Ω„Ψ³ΩŽΩ‘Ω„Ψ§Ω… ΩˆΨ±Ψ­Ω…Ψ© Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ΩˆΨ¨Ψ±ΩƒΨ§ΨͺΩ‡

Bayaran yang perlu dikembalikan adalah sebanyak RM 2000 mengikutΒ  jumlah wang yang dipinjam sekalipun tempoh 10 tahun telah berlalu. Jumlah wang yang dikembalikan mengikut persetujuan semasa cagaran dibuat. Penerima cagaran perlu akur kepada persetujuan yang telah dibuat berdasarkan sabda Nabi saw;

Ψ§Ω„Ω…Ψ³Ω„Ω…ΩˆΩ† ΨΉΩ†Ψ― Ψ΄Ψ±ΩˆΨ·Ω‡Ω…

Maksudnya: Orang Islam terikat kepada syarat-syarat mereka (yang dipersetujui)

Sekiranya harta tersebut ingin dijual dan si ibu telah meninggal dunia maka hasil jualan merupakan harta pusakaΒ Β  dan perlu diagihkan mengikut sistem faraidh. Oleh kerana pihak tuan tidakΒ  menyatakanΒ  waris-warisΒ  yang akan mewarisi harta tersebut, makaΒ  saya tidak dapat memberi jawapan secara terperinci kerana hak seseorang waris akan berubah-ubah mengikut jumlah, jantinaΒ  serta perkaitan dengan si mati. Oleh itu, bagi menentukan jumlahΒ  dan hak setiapΒ  waris,Β  perkara ini boleh dirujuk kepada pejabat agama di manaΒ  tuan berada.

Tetapi sekiranya si ibu masih hidup, maka semua hasil jualan tersebut menjadi milik si ibu. Sekiranya pihakΒ  tuan yang menolong menjelaskan wang pinjam tersebut, tuan berhak mengambilnya kembali jumlah wang berkenaan dan baki hasil jualan tetapΒ  menjadi milik si ibu.

ΩˆΨ§Ω„Ω„Ω‡ Ψ£ΨΉΩ„Ω… Ψ¨Ψ§Ω„Ψ΅ΩˆΨ§Ψ¨

Disediakan oleh:
Dr Ridzuan Ahmad
Ahli Panel MUIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *