Bersihkan bayi di dalam sinki
Assalamualaikum ustaz.
Saya sering melihat ada dikalangan ibu-ibu yang menggunakan sinki basuh pinggan untuk memandikan dan membersihkan bayi mereka yang masih kecil. Adakah keadaan ini dibolehkan dalam agama? Adakah sink itu suci untuk tujuan memasak makanan?
Ibu muda keliru, Kampung Melayu Ampang, Selangor.
JAWAPAN:
Dalam syarak, sesuatu benda yang asalnya suci boleh menjadi tidak suci apabila terkenanya padanya najis. Namun keadaan tersebut bukanlah berkekalan, status ketidak sucian tersebut boleh berubah manjadi suci kembali melalui suatu proses yang disebut sebagai proses penyucian.
Diriwayatkan dari Qais binti Mihshan radhiallahu anha, bahwa ia pernah datang kepada Rasulullah SAW dengan membawa anak lelakinya yang masih kecil, yang belum makan makanan selain air susu ibunya. Rasulullah SAW mendudukan anak itu di pangkuannya, lalu anak itu kencing di baju yang dikenakan oleh beliau. Selanjutnya beliau minta diambilkan air dan beliau memercikkan air di tempat yang terkena air kencing bayi laki-laki itu tetapi beliau tidak membasuh (mencuci)-Nya”. (Hadis riwayat Bukhari: 223)
Jelas dalam hadis tersebut, Rasulullah SAW ajarkan pada kita melalui proses penyucian, pakaian bernajis yang baginda pakai itu kembali menjadi bersih lagi suci. Tidaklah baginda bertindak membuang pakaian tersebut akibat ianya sudah terkena najis.
Yang penting adalah kita perlu ketahui dalam hal penyucian ini bahawa cara penyucian itu berbeza-beza mengikut jenis-jenis najis. Najis yang ringan dengan cara percikan air, najis pertengahan dengan cara dialirkan air keatasnya serta najis yang berat dengan air sebanyak tujuk kali dan salah satu daripadanya dicampur dengan tanah.
Apabila kaedah-kaedah ini digunakan hingga memenuhi syarat penyucian maka benda tersebut akan kembali kepada keadaan asalnya iaitu suci maka harus digunakan. Terdapat pengecualian dalam hal ini, iaitu bekas milik bukan Islam yang digunakan seperti memasak khinzir atau menghidangkan arak, hukum menggunakan bekas tersebut setelah disucikan adalah makruh kerana ada hadis khusus menyebut tentangnya.
Namun barang-barang lain termasuklan persoalan sinki yang digunakan untuk memandikan bayi yang masih kecil, walaupun ianya terkena najis bayi tetap tiada masalah (harus) untuk kita gunakannya kembali setelah kita mensucikannya. Cumanya kita perlu berhati-hati dalam memastikan tiada najis-najis yang terlekat atau terselit ketika kita mensucikannya.
Perkara ini jugalah yang kita belajar daripada Rasulullah SAW dalam kisah masyhur apabila datang seorang arab badawi yang membuang air kecil di dalam masjid, Baginda tidak berkata pun bahawa tempat tersebut sudah tidak suci maka tidak boleh solat keatasnya. Tetapi apa yang baginda buat adalah menyuruh soerang sahabat mengambil sebaldi air dan lalukan pada kawasan tersebut maka tempat tersebut kambali suci dan boleh dilakukan ibadah diatasnya.
Wallahua’lam
Ust Muhammad FIrdaus bin Zalani Pegawai Majlis Ulama ISMA (MUIS) sumber asal: http://bm.therakyatpost.com/kolumnis/2015/01/28/soal-jawap-agama-rakyat-post-minggu-ketiga-bersama-ustaz-mohd-firdaus-zalani/#ixzz3Scs2Sc8j
persoalan dan jawapan yang baik untuk membantu saya tq