Nafkah untuk anak yang telah baligh

nafkah

Sejauhmanakah tanggungjawab ibubapa kepada anak-anak mereka. Jika ada anak yang sudah akil baligh dan lebih 21 tahun masih bujang,  adakah masih  lagi menjadi tangungjawab ibu bapa  yang telah tua jika mereka tidak lagi mendirikan rumah tangga?

Roslan Abu, Sri Kembangan Serdang, Selangor

Jelas ditetapkan di dalam syarak bahawa ayah bertanggungjawab terhadap nafkah anak ketika kecil kerana anak tersebut masih baru mengenal dunia serta berada dalam situasi tidak mampu berdikari.

Namun ulama telah berbeza pendapat berkenaan sampai bilakah ayah bertanggungjawab terhadap nafkah anaknya.

Sebahagian besar termasuk mazhab Syafie berpandagan tempoh tersebut ialah hingga anak tersebut mencapai baligh namun sebahagian kecil yang lain berpendapat adalah sehingga anak tersebut berkahwin atau mampu menyara duit sendiri.

Pandangan yang menyatakan hingga baligh adalah kerana pada pandangan mereka kewajipan nafkah ini wujud hanyalah kerana anak itu masih kecil serta belum kemampuan. Namun setelah capai umur baligh secara fizikal dan mental anak tersebut sudah berkemampuan untuk mendapatkan harta.

Adapun ulama yang berpegang dengan pandangan kedua melihat kewajipan nafkah ini wujud disebabkan anak itu tidak mempunyai harta. Maka walaupun dia sudah baligh tetapi masih tidak mempunyai harta, adalah menjadi tanggungjawab si ayah untuk tetap menyara anak tersebut.

Mana-mana pandangan yang kita cenderung pun, bagi saya isu nafkah ini sepatutnya dilihat pada perspektif ihsan serta kemaslahatan (kebaikan) anak tersebut. Memberi nafkah kepada anak yang sudah baligh hakikatnya tidak pernah merugikan kita sebagai seorang ayah serta ianya adalah sebuah pelaburan untuk diri kita samada di dunia atau di akhirat kelak.

Bahkan kedudukan sedekah terhadap ahli keluarga adalah termasuk diantara jenis sedekah yang paling afdhal (mulia).

Sabda Rasulullah SAW: Sedekah terhadap orang miskin hanyalah sebuah (pahala) sedekah, sedangkan sedekah kepada ahli keluarga akan memberi dua (pahala) : pahala sedekah serta pahala membina silaturahim. (riwayat Tarmizi)

firdaus
 
 
Ust Muhammad Firdaus bin Zalani
Pegawai Majlis Ulama ISMA (MUIS)
 

sumber asal: http://bm.therakyatpost.com/kolumnis/2015/01/28/soal-jawap-agama-rakyat-post-minggu-ketiga-bersama-ustaz-mohd-firdaus-zalani/#ixzz3Scs2Sc8j

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *