BeritaUtama

Rabitah Ulama : Kefarduan ke atas seluruh umat Islam membantu Gaza

gaza_4

GAZA, 4 Ogos-  Menjadi kewajipan serta kefarduan kepada setiap umat Islam untuk membantu Palestin dalam menentang kezaliman zionis Israel terhadap Gaza berdasarkan kepada kemampuan masing-masing.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Rabitah Ulama Muslimin iaitu antara badan persatuan ulama yang terkenal di dunia mengenai isu yang sedang berlaku di Gaza.

“Umat Islam itu adalah umat yang satu, terikat diantara mereka hubungan ukhuwah seperti sebuah binaan yang mengukuhkan antara satu sama lain”

“Adalah menjadi suatu kewajipan kepada umat Islam membantu kelompok mereka yang ditindas seperti firman Allah SWT dalam surah An Nisa ayat 75”

Kenyataan yang dikeluarkan bertarikh 2 Ogos itu turut menyeru kepada umat Islam seluruh dunia menentang Israel dengan menggunakan “senjata memboikot” seluruh produk yang menyumbang kepada Israel.

“Apa yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Gaza yang lemah adalah satu jenayah peperangan”

Rabitah juga menyeru kepada seluruh ulama serta pemimpian masyarakat untuk memberi kesedaran kepada masyarakat keseluruhannya akan kezaliman yang sedang berlaku di Gaza seperti dengan Qunut Nazilah serta menyeru kepada penyatuan umat Islam.

“Kami juga memberi amaran (kepada umat Islam khususnya yang berada disekeliling Gaza) supaya tidak menjadi pembantu ke Yahudi dalam membunuh umat Islam; sesungguhnya tindakan itu adalah suatu kezaliman yang teramat besar” katanya dengan tegas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *