IPOH, 4 Ogos- Ramadhan yang berlaluĀ menitipkan wasiat kepada umat Islam di Negara ini untuk meneruskan perjuangan mempertahankan jatidiri keislaman negara ini serta memeliharanya daripada segala bentuk ancaman musuh.
Timbalan Mufti Perak, Sahibul Fadilah Ust Zamri Hashim berkata demikian berkenaan pengajaran yang boleh diambil daripada Ramadan dipetik daripada teks khutbah Ā jumaat yang dibaca olehnya bertarikh 1 Ogos.
Beliau turut menyifatkan kelompok musuh yang kononnya mengaku sebagai pejuang hak asasi manusia adalah pada hakikatnya merupakan pejuang hawa nafsu manusia serta menyifatkan tindakan mereka itu adalah cubaan untuk mengāundang-undangkanā nafsu mereka.
āSempit kan ruang kepada mereka yang bercita-cita memaksa umat ini tunduk dan menerima pakai nilai-nilai keadilan, kesamarataan , kebebasan, mengikut acuan nafsu serakah manusiaā
āmanusia yang memakai jubah pejuang hak asasi manusia sedangkan mereka adalah pejuang nafsu manusiaā tegasnya lagi.
Beliau yang juga ahli tertinggi Majlis Ulama ISMA (MUIS) menyeru supaya kembalikan jati diri umat Islam dengan dibina perasaan izzah (mulia) dengan Islam dan berani menawarkan Islam dalam bentuk yang sebenar
āMenyeru kepada Islam dalam bentuk yang asli bukan menawarkan Islam dalam bentuk ingin ” ambil hati” sehingga sering meletakkan Islam dalam situasi sentiasa mengalahā
“Kerana aqidah kita menegaskan bahawa Islam itu membawa rahmat kepada alam . “Ų±ŲŁ Ų© ŁŁŲ¹Ų§ŁŁ ŁŁ“

