
Peristiwa Israk dan Mikraj merupakan satu ujian iman pada zaman Rasulullah ﷺ. Ketika ia berlaku, sebahagian manusia beriman dan sebahagian lagi ragu serta mendustakannya.
Namun pada zaman kita hari ini, ujian iman itu tidak lagi pada soal percaya atau tidak, kerana seluruh umat Islam mengimani peristiwa Israk dan Mikraj.
Sebaliknya, ujian iman pada hari ini adalah ujian kepekaan dan kepedulian terhadap tempat.
Israk berlaku dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Maka tempat Rasulullah ﷺ diisrakkan itulah yang menjadi ujian iman kita pada hari ini sama ada kita benar-benar cakna, prihatin dan peduli terhadap apa yang sedang berlaku di sana, atau sebaliknya.
Inilah yang dimaksudkan dengan ujian tempat ke tempat.
Atas kesedaran inilah, MUIS meletakkan objektif dan mengajak seluruh masyarakat agar sambutan Israk dan Mikraj dijadikan sebagai pengukuhan makna perjuangan, dengan menjadikan Palestin sebagai kiblat jihad umat Islam.
Kiblat doa kita adalah ke atas,
kiblat solat kita adalah Masjidil Haram,
dan kiblat jihad dalam dunia moden hari ini ialah bagaimana kita berjuang dengan apa jua kemampuan yang kita miliki mengikut ruang dan keupayaan masing-masing demi membebaskan Masjidil Aqsa dan Palestin, serta menjadikan para pejuang sebagai contoh nyata yang masih hidup di hadapan mata kita.
Mudah-mudahan umat Islam di Malaysia, apabila menyambut Israk dan Mikraj, benar-benar menghayati dan memasukkan makna perjuangan Al-Aqsa dalam iman, kesedaran dan tindakan mereka.
SS Dato’ Haji Zamri bin Hashim
Yang Dipertua
Muafakat ILMUWAN Islam (MUIS)
