
1.Heboh dalam media sosial baru-baru ini pendedahan mengenai ajaran aneh yang dilakukan oleh seorang wanita sehingga melakukan seolah-olah ritual menari bogel dan mengajak seluruh pengikut wanitanya menari bogel bersamanya. Perkara ini sudah dalam perhatian JAKIM dan memerlukan siasatan pengesahan.
2.Sementara siasatan dijalankan, fitnah dan kerosakan wanita akhir zaman ini telah pun diingatkan oleh Rasulullah. Dalam beberapa hadis, Baginda menyebutkan ciri-ciri wanita akhir zaman yang diuji dengan fitnah akhir zaman. Antaranya:
a. 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚. Sabda Rasulullah:
“تُفْتَحُ أَبْوَابُ السَّمَاءِ نِصْفَ اللَّيْلِ، فَيُنَادِي مُنَادٍ: هَلْ مِنْ دَاعٍ فَيُسْتَجَابَ لَهُ، هَلْ مِنْ سَائِلٍ فَيُعْطَى، هَلْ مِنْ مَكْرُوبٍ فَيُفَرَّجَ عَنْهُ، فَلَا يَبْقَى مُسْلِمٌ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ إِلَّا اسْتَجَابَ اللَّهُ -عَزَّ وَجَلَّ- لَهُ، إِلَّا زَانِيَةً تَسْعَى بِفَرْجِهَا، أَوْ عَشَّارًا”
“Pintu-pintu langit dibuka pada pertengahan malam, lalu seorang penyeru menyeru: Adakah orang yang berdoa supaya dikabulkan untuknya? Adakah orang yang meminta supaya diberi? Adakah orang yang ditimpa kesusahan supaya dilepaskan daripadanya? Maka tidak ada seorang Muslim pun yang berdoa dengan suatu doa melainkan Allah -Azza wa Jalla- akan mengkabulkan untuknya, kecuali penzina wanita yang melacurkan kemaluannya atau pemungut cukai (yang zalim).” [al-Mu’jam al-Awsath: 3/154, no. 2769; al-Sahihah: 1073].
b. 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐇𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐑𝐚𝐬𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐳𝐢𝐧𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐡𝐚𝐥𝐚𝐲𝐚𝐤 𝐫𝐚𝐦𝐚𝐢:
“لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَتَسَافَدُوا فِي الطَّرِيقِ تَسَافُدَ الحَمِيرِ” -لا حياء ولا حشمة- قال ابن عَمرو: “إنَّ ذَاكَ لكائن؟!” قال: “نَعَمْ! لَيَكُونَنَّ”
“Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah kamu bersetubuh di jalanan seperti persetubuhan keldai” – tanpa rasa malu dan tanpa segan silu – Maka berkata Ibn ʿAmr: “Apakah perkara itu benar-benar akan terjadi?!” Baginda menjawab: “Ya! Bahkan pasti akan berlaku!” [al-Taʿlīqāt al-Ḥisān ʿalā Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān: 9/419, no. 6729; lihat juga: al-Ṣaḥīḥah: no. 481].
c. 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐠𝐨𝐲𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠 𝐝𝐢 𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐚𝐥𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚:
“لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَضْطَرِبَ أَلَيَاتُ نِسَاءِ دَوْسٍ عَلَى ذِي الخَلَصَةِ”، وَذُو الخَلَصَةِ؛ طَاغِيَةُ دَوْسٍ الَّتِي كَانُوا يَعْبُدُونَ فِي الجَاهِلِيَّةِ”
“Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah punggung-punggung wanita suku Daws bergoyang-goyang di sekitar Dzu al-Khalāṣah,” dan Dzu al-Khalāṣah adalah berhala kaum Daws yang mereka sembah pada zaman jahiliah dahulu.
3.Perhatikan bagaimana Rasulullah telah pun membayangkan kerosakan dan fitnah yang bakal menimpa umat manusia. Mereka tidak segan berbogel dikhayalak malah menjadikannya seakan-akan ritual seperti yang dilakukan pada zaman dahulu di hadapan berhala mereka.
4.Sama-sama kita berdoa agar Allah menjauhkan kita dari musibah yang menakutkan ini dari diri kita, ahli keluarga kita dan seluruh masyarakat. Bersama membanteras kemungkaran!
Semoga Allah membimbing kita.
Prof Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Timbalan Pengerusi
Muafakat Ilmuan Islam (MUIS)
