DakwahFiqh SemasaJenayah IslamSyariah

PrEP: Merawat Kerosakan Biar Pada Kerosakan Akar Bukan Pada Cabang Permasalahan

Pelaku songsang sepatutnya menanggapi dosa perbuatan songsang lebih besar mafsadah dan kerosakannya, berbanding penyakit HIV yang dihidapi.

Bahana kita hanya melihat isu dari perspektif material sahaja, hingga penilaian kita hanya bersifat material, yang mengabaikan aspek yang lebih luas, iaitu hubungan manusia dengan Tuhan, dan peranan hukum Tuhan dalam menjaga susun atur kehidupan.

Atas sebab itu kita menasihatkan dan mengingatkan, bahawa perbuatan songsang adalah suatu perkara menyalahi agama, adat tempatan dan budaya kehidupan normal yang sihat. Walau jika ia tidak dijangkiti penyakit pun, ia adalah satu jenayah terhadap aturan kemanusiaan.

Menentang jenayah ini perlu dipertingkatkan dan dijadikan suatu arus bagi mendapatkan suatu kehidupan yang sejahtera dan sihat, selain ia adalah suatu jenis kehidupan patuh syariah dan diredhai Allah.

Permasalahan manusia akan bertambah pelik dan bermutasi, berkadaran dengan peliknya dosa dan kerosakan yang mereka lakukan.

Ini yang dikatakan oleh Imam Malik RHM :

تحدث للناس أقضية بقدر ما أحدثوا من الفجور

“Akan berlaku permasalahan baharu bagi manusia, berkadaran dengan kerosakan yang mereka lakukan”

Oleh itu, merawat kerosakan itu adalah akarnya, dan permasalahan itu adalah rantingnya. Memotong ranting hanya akan menumbuhkan ranting yang baru, memotong akar akan mematikan segala ranting yang ada.

Wallahua’lam bissawaab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *