Penilaian Hadith: Mencintai Negara Adalah Sebahagian Dari Iman
Menghampiri tarikh keramat imbasan kemerdekaan bumi bertuah ini, pelbagai sentimen cintakan negara ditiupkan semula. Ini bagi membangkitkan semangat cinta negara, memupuk setia nusa. Dalam keghairahan menghidupkan kempen ini, dalil-dalil dari al-Quran dan hadith juga terpilih sebagai instrumen utama bagi menjayakan seruan cintakan negara ini.
Antara hadith yang sering digunakan adalah hadith (ΨΩΨ¨Ω Ψ§ΩΩΩΨ·ΩΩ Ω ΩΩΩ Ψ§ΩΩΨ₯ΩΩΩ Ψ§ΩΩ) yang membawa maksud: “Mencintai negara adalah sebahagian daripada iman”. Intipati dari hadith ini memberi gambaran seolah Rasulullah memupuk semangat cinta negara sehingga menjadikan sifat cinta negera ini sebagai indikator iman seseorang. Persoalannya adalah, apakah status hadith ini? Adakah benar Nabi yang melafazkannya? Jika tidak, apakah tidak boleh mencintai negara?
Status Hadith
Menelusuri sumber asal hadith ini, para sarjana hadith menghadapi kesukaran dalam mengesan jalur asal (sanad) perawi hadith yang boleh menghubungkan hadith ini dengan Rasulullah. Atas sebab itulah mereka menilai hadith ini sebagai hadith palsu (maudu’). Al-αΉ’aghΔnΔ« (w. 650H) adalah antara ulama yang terawal meneliti status hadith ini. Beliau memuatkan hadith ini di dalam karya beliau yang berjudul MauαΈΕ«ΚΏΔt al-αΉ’aghΔnΔ«, dimana karya ini menghimpunkan hadith-hadith palsu. Al-Imam al-SakhΔwΔ« (w. 902H) dan al-SuyΕ«αΉΔ« (w. 911H) pula secara zahir mengatakan “Aku tidak dapati sumber asalnya.” Istilah ini dilihat sebagai satu istilah kiasan (indirect) oleh ulama hadith dalam menghukumkan sesuatu hadith sebagai hadith palsu.
Dalam era moden pula, kelihatan nada yang lebih tegas diungkapkan oleh sarjana hadith dalam penilaian hadith ini. Ibn ΚΏUthaymin sebagai contoh menilainya sebagai “bukan hadith” (laysa bihadith), manakala al-AlbanΔ« menyifatkan hadith ini sebagai hadith palsu (mawαΈΕ«ΚΏ).
Meneliti penilaian terhadap aspek kesahihan hadith, jelas seperti yang disebutkan di atas bahawa hadith ini dikategorikan sebagai hadith palsu, iaitu sesuatu yang tidak seharusnya disandarkan kepada Rasulullah. Namun timbul pula persoalan, sekiranya kata-kata ini tidak dilafazkan oleh Rasulullah, apakah Rasulullah melarang kita dari mencintai negara?
Mencintai Negara
Meniliti perbincangan ulama berkenaan hadith di atas, terdapat dua pandangan yang saling bercanggah berkenaan keharusan memupuk rasa cinta negara. Al-Imam al-SakhΔwΔ«, di dalam menghuraikan hadith di atas menyebutkan, sekalipun hadith tersebut adalah palsu, akan tetapi kandungan yang dibawanya memberi pengertian yang sahih. Al-SakhΔwΔ« seolah memberi maksud adalah harus bagi kita untuk menyemai rasa cinta pada negara. Dalam perkara ini beliau mendatangkan hujah sokongan bagi mengukuhkan pandangan beliau iaitu:
1. Al-SakhΔwΔ« mengingatkan pembaca tentang ayat 85 daripada Surah al-Qasas. Menurut Ibn Kathir, ketika Baginda berhijrah keluar dari Mekkah untuk ke Madinah, Baginda telah sampai di suatu tempat bernama al-Juhfah. Ketika berada di sini, timbul perasaan rindu yang mendalam di dalam hati Rasulullah kepada Mekkah, tempat di mana Baginda lahir dan dibesarkan. Lalu ayat 85 daripada surah al-Qasas ini diturunkan bagi menenangkan hati Rasulullah. Dengan menyebutkan ayat ini, al-SakhΔwΔ« seolah cuba menyatakan bahawa adalah tidak salah untuk merasa cinta dan rindu pada negara. Ianya adalah satu fitrah seperti mana yang dilalui oleh Rasulullah sendiri.
2. Al-SakhΔwΔ« juga mendatangkan kisah UαΉ£ayl al-GhifΔrΔ« yang juga menyatakan rasa rindu setelah beliau berhijrah ke Madinah. Mendengar keluhan Usayl, Baginda menenangkan beliau. Sikap Baginda yang tidak menghalang rasa cinta UαΉ£ayl seolah menunjukkan tiada halangan terhadap fitrah cintakan tanahair.
3. Sebahagian ulama pula berhujah dengan hadith yang diriwayatkan di dalam Sahih al-Bukhari. Menurut Anas, ketika Rasulullah pulang dari bermusafir, apabila Baginda nampak kelibat Madinah (tempat tinggi di Madinah, sebahagian riwayat menyatakan tangga atau dinding Madinah), Baginda akan mempercepatkan tunggangan Baginda. Menurut Ibn Hajar, hadith ini memberikan gambaran tentang keharusan mencintai tanahair dan merasa rindu kepadanya sebagaimana Nabi mencintai Madinah dan merinduinya.
Walaubagaimanapun, terdapat juga pandangan yang menolak pandangan di atas. Ibn ΚΏUthaymin sebagai contoh menyifatkan perkara ini sebagai melahirkan sifat taksub pada negara. Malah al-AlbΔnΔ« menjelaskan bahawa mengaitkan cinta negara dengan iman adalah sesuatu perkara yang tidak tepat untuk dijadikan penilaian tahap keimanan.
Mencari titik pertemuan bagi kedua pandangan diatas, penulis melihat bahawa keharusan mencintai negara adalah sesuatu yang mempunyai asas dalam Islam. Namun negara bukanlah menjadi objek utama dalam perbahasan ini, malah Islam adalah subjek penentu dalam penilaian ini.
Sekiranya seseorang mencintai negaranya yang mendaulatkan Islam dan ajarannya, maka mempertahankan dasar Islam yang diperjuangkan negaranya adalah sesuatu yang tidak diragui keharusannya. Malah melindungi negaranya daripada ancaman serta anasir jahat yang boleh menggugat Islam dan negaranya seharusnya menjadi sifat yang perlu disemai di sanubari. Namun, sekiranya mencintai negara hanya melahirkan rakyat yang taksub dan bersifat asabiyyah terhadap negaranya, maka ianya adalah suatu perkara yang dilarang.
Dr Ahmad Sanusi Azmi Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)