IlmiahSyariahUtama

Sepuluh malam akhir Ramadan

al quran syumul

Lailatul Qadar

Antara kelebihan malam sepuluh terakhir Ramadhan ialah:

1. Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam memperbanyakkan ibadah pada malam sepuluh terakhir melebihi daripada malam-malam sebelumnya. Aisyah berkata:

Ertinya: “Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam Apabila masuk malam sepuluh terakhir Ramadhan, baginda menghidupkan malam (dengan ibadah), mengejutkan keluarganya (bangun beribadah), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah dari isteri-isterinya”.

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

2. Pada malam sepuluh terakhir terdapat satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak). Pada malam inilah diturunkan al-Quran sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam Lailatul Qadar”. (Surah al-Qadar: 1)

Ibnu Abbas berkata: Allah menurunkan al-Quran sekaligus daripada Loh Mahfuz ke Baitul Izzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkatperingkat kepada Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam, selama dua puluh tiga tahun.48

Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada seribu bulan, firman Allah Subhanahu wa Taala:

Ertinya: “Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (Surah al-Qadar: 3)

Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah Subhanahu wa Taala:

Maksudnya: “Sesungguhnya kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam yang berkat (Lailatul Qadar)”. (Surah ad-Dukhan: 3)

Pada malam ini juga turunnya para malaikat, dan malaikat turun bersama-sama turunnya berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah Subhanahu wa Taala:

Maksudnya: “Kami menurunkan al-Quran pada malam yang tersebut kerana pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hihmah serta tetap berlaku (tidak berubah atau bertukar)”. (Surah ad-Dukhan: 4)

Maksud urusan yang penuh hikmah ialah pada malam tersebut Allah menentukan umur, rezcki dan ajal manusia.49 Allah Subhanahu wa Taala mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam tersebut dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.

Bilakah Lailatul Qadar?

Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

Ertinya: “Carilah Lailatul Qadar pada malam sepuluh terakhir Ramadhan.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda lagi:

Ertinya: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada sepuluh malam terakhir”.

(Hadis riwayat al-Bukhari)

Imam an-Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis-hadis yang menceritakan tentang Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam tersebut berpindah-pindah pada setiap tahun. 50

Oleh itu, marilah kita sama-sama memanfaatkan malam sepuluh terakhir Ramadhan dan menghidupkan dengan ibadah dan doa. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibnu Majah bahawa:

Aisyah bertanya kepada Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam.:“Wahai Rasulullah! Sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

 

Iktikaf

lktikaf pada malam sepuluh terakhir Ramadhan di mana fadhilatnya lebih banyak daripada hari-hari biasa. Maksud iktikaf di sini ialah mendampingi masjid untuk mentaati Allah.

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam tidak pernah sekalipun meninggalkan iktikaf pada sepuluh malam terakhir Ramadhan sehinggalah baginda wafat. Isteri-isteri baginda juga turut beriktikaf bersama-samanya ketika Baginda hidup danselepas baginda wafat.

• Syarat sah iktikaf: Islam, berakal, tidak berjunub dan bersih daripada haid dan nifas bagi perempuan.

• Niat: lktikaf adalah ibadah yang tidak sah melainkan dengan niat.

• Masjid: lktikaf hendaklah dilakukan di masjid.

• Waktu bermula iktikaf: Seseorang yang ingin beriktikaf hendaklah masuk ke dalam masjid sebelum terbenam matahari kedua puluh Ramadhan.

• Waktu berakhir iktikaf. Berakhirnya iktikaf ialah selepas terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadhan.

• Perkara yang membatalkan iktikaf.

1. keluar daripada masjid tanpa hajat dengan sengaja.

2. Murtad.

3. Hilang akal kerana gila atau mabuk.

4. Datang haid atau nifas dan.

5. Jimak. Firman Allah Subhanahu Wa Taala:

Maksudnya: “… dan janganlah kamu setubuhi isteriisteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid…”. (Surah al-Baqarah: 187)

• Perkara yang sunat dilakukan: memperbanyakkan ibadat sunat seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, selawat dan doa. Begitu juga menghadiri majlis ilmu, mengulangkaji kitab hadis, tafsir, sirah Nabi dan sebagainya.

• Perkara yang harus dilakukan: Keluar daripada masjid kerana hajat dan dharuriah seperti keluar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada saudara mara, menziarahi kematian atau orang sakit. Begitu juga harus hukumnya mandi, memotong rambut, kuku, memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian.

Moga Allah SWT mengurniakan kita lailatul qadr.

 
Ust Sarip Adul
Ahli Tertinggi Majlis Ulama ISMA (MUIS)

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *