Solat sunat witir tiga rakaat, satu atau dua salam?

DEPORTT  11 YASUKAWA

Apakah yang lebih utama ; menunaikan solat witir tiga rakaat dengan satu kali salam atau dengan dua kali salam ?

JAWAPAN : Menurut mazhab Syafi’e, solat Witir yang dipisahkan rakaatnya itu lebih baik dan utama. Imam Nawawi menyebutkan di dalam Majmu’nya, 4/2 :

“Menurut beberapa pendapat para ulama’, berkenaan dengan orang yang melaksanakan solat Witir tiga rakaat; apakah rakaat yang kedua dipisahkan daripada rakaat yang ketiga melalui ucapan salam terlebih dahulu ?

Sebenarnya kami pernah membahaskan perbezaan yang terjadi antara sahabat-sahabat kami tentang cara terbaik melakukan solat tersebut, maka menurut pandangan kami (Mazhab Syafi’e) pendapat yang lebih baik dan utama adalah dengan cara memisahkannya. Dan pendapat yang juga dikeluarkan oleh Ibn Umar, Abdullah bin ‘Iyasy bin Abi Rabiah, Muaz Al-Qari, Imam Malik, Imam Ahmad, Imam Ishaq, dan Imam Abu Tsaur.”

Para ulama menggunakan kaedah :

ما اكثر فعلا اكثر فضلا
“Apa yang banyak dibuat, maka banyak pula fadilatnya.”

Jika solat Witir tiga rakaat dipisahkan, ia bermakna akan dilaksanakan dengan dua kali takbir, dua kali tasyahhud, maka ia termasuk dalam kaedah di atas, berbanding dengan hanya melaksanakan sekali gus.

Wallahu a’lam

 
Zabidi Azhar
Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS) Jordan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *