Banyak kerja islah yang perlu kita lakukan

IMG_20140725_113644

KUALA LUMPUR, 25 Julai- Situasi umat Islam pada hari ini menuntut kepada kita semua untuk berkerjasama dan menyedari bahawa banyak lagi kerja-kerja islah yang perlu dilakukan.

Demikian ujar Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Dr Zulkifli Mohammad al Bakri dalam satu pertemuan bersama Majlis Ulama ISMA (MUIS) siang tadi.

“Kita semua saling memerlukan antara satu sama lain” ujar beliau lagi.

Dalam pertemuan tersebut Majlis Ulama ISMA (MUIS) yang diwakili Pengerusi MUIS, Prof Madya Dr Aznan dan Ahli Tertinggi MUIS, Ust Soberi Awang melahirkan rasa berbesar hati atas kesudian mufti untuk menerima kunjungan MUIS.

Pertemuan tersebut yang berjalan selama hampir 45 minit itu membincangkan banyak perkara termasuk suasana umat Islam di seluruh dunia khususnya di Gaza.

“Bagaimana suasana saudara-saudara kita di sana Palestin?” soal mufti menggambarkan kerisauan beliau akan suasana umat Islam di sana.

Mufti Wilayah juga turut menyebut kesedian beliau untuk berkerjasama bersama MUIS dalam banyak perkara termasuk program-program yang akan diadakan dalam waktu terdekat.

“Moga Allah memudahkan kerja Sahibus Samahah Dr dan moga dapat memekarkan lagi dakwah khususnya di Wilayah Persekutuan ini” ucap Dr Aznan pada Mufti Wilayah Persekutuan di akhir pertemuan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *