Kenyataan RasmiUtama

Kenyataan Rasmi Majlis Ulama ISMA (MUIS) bekenaan insiden MH 17

mh 17

الحمد لله،والصلاة والسلام على محمد رسول الله،وعلى آله وصحبه ومن والاه.. وبعد

وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَىۡءٍ۬ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٲتِ‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ (١٥٥) ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِيبَةٌ۬ قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ (١٥٦) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ عَلَيۡہِمۡ صَلَوَٲتٌ۬ مِّن رَّبِّهِمۡ وَرَحۡمَةٌ۬‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُهۡتَدُونَ

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (155) (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (156)Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya.

(Al-Baqarah: 155-157)

Majlis Ulama ISMA (MUIS) melahirkan rasa sedih dan dukacita atas insiden terhempasnya pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH 17 pada 20 Ramadan 1435H bersamaan 17 Julai 2014M.

Majlis Ulama ISMA (MUIS) juga mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut dan semoga Allah SWT kurniakan kesabaran pada mereka. Kami berkata seperti mana yang Allah SWT ajarkan apabila seseorang Muslim ditimpa musibah:

انا لله وانا اليه راجعون

Daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali

Majlis Ulama ISMA (MUIS) juga memperingatkan seluruh rakyat Malaysia supaya berhati-hati dalam menyebarkan sesuatu berita yang tidak pasti mengenai insiden ini, dibimbangi ianya akan menguris perasaan ahli keluarga mangsa tanpa kita sedari.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa serta merahmati mangsa-mangsa dikalangan orang beriman yang terlibat dalam insiden ini.

Majlis Ulama ISMA (MUIS) juga memperingatkan seluruh umat Islam akan sesungguhnya kematian itu  adalah pasti dan kehidupan akhiratlah yang akan kekal selama-lamanya.

{كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ} و {كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ}

Prof Madya Dr Aznan Hasan

Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *