Posisi seorang makmum perempuan

Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya, bagaimanakah kedudukan bagi seorang imam perempuan bersolat bersama hanya seorang makmum perempuan? Ustaz saya kata kedudukan makmum tersebut di sebelah kiri imam, tetapi kebanyakan buku fiqh solat mengatakan di sebelah kanan imam, bolehkah ustaz jelaskan bersama dalilnya sekali? Terima kasih.

Jawapan:

:الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام علي رسول الله , وبعد

Kedudukan posisi seorang makmum perempuan yang bersolat secara berjamaah berimamkan imam perempuan
adalah di sebelah kanan imam sama seperti kedudukan seorang makmum lelaki yang solat bersama Imam lelaki.

Sekian والله أعلم بالصواب

Rujukan;
1) Bidayah al-Mujtahid.
2) Al-Mughni.
3) Al-Mufassol fi Ahkam al-Mar'ah.

Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS

0 thoughts on “Posisi seorang makmum perempuan”

  1. assalam'alaikum. ustaz, bagaimana jika imam ialah lelaki? adakah di sebelah kiri imam, atau di belakang? saya masih confius.

  2. Setiausaha MUIS

    w'salam;
    jika imam lelaki dan makmum adalah seorang wanita, maka kedudukan wanita tersebut adalah di belakang imam (rujukan: Lujnah Daimah)
     
    sekian wassalam
    s/u muis

  3. jika suami saya menjadi makmum utk saya dan ibu, kedudukan kami sebagai makmum perempuan adakah di belakang imam atau di belakang kiri imam.

  4. assalamualaikum..  ruang solat yang terhad tidak membolehkan saya utk berada betul2 di blkg suami. bolehkah saya berdiri ditepi suami hanya pada jarak 1/2 meter. Saya perlu berada disebelah kiri @ kanan? t.kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top