Pengenalan Kitab

Usul Berijtihad dan Memberi Fatwa dalam Feqah Dakwah (Mohamad Ahmad Ar-Rasyid)

Nama buku: Usul Berijtihad dan Memberi Fatwa dalam Feqah Dakwah
Judul Asal:  أصول الإفتاء و الإجتهاد التطبيقي في نظريات فقه الدعوة الإسلامية
Karangan: Mohamad Ahmad Ar-Rasyid
Terbitan: Dar al-Mihrab, Vancouver Canada.
Halaman: 4 juzuk tebal

Buku ini merupakan lanjutan dari siri-siri feqah dakwah tulisan penulis. Ia merupakan percubaan bersungguh-sungguh penulis untuk memberi panduan kepada para ilmuan agama dan aktivis dakwah yang ingin memberi fatwa dan mengeluarkan hukum-hakam yang berkaitan dengan urusan dakwah masa kini. Sebagai contoh persoalan
yang mana lebih afdhal antara menghadiri liqa dakwi dan melakukan qiamullail, jenis berhelah dengan musuh yang dibenarkan, prinsip mendahulukan maslahah para duat di atas kepentingan orang fasiq dan sebagainya.

Ia merupakan tulisan yang baru berada di pasaran Malaysia dalam bidang usul dan prinsip dalam memberi fatwa dan mengeluarkan hukum dalam bidang dakwah. Ia ditujukan khusus kepada para ilmuan agama dan aktivis dalam arena dakwah. Ia ditulis dengan cukup ilmiah. Untuk menggarap kandungan buku ini, pembaca perlu terlebih
dahulu menguasai ilmu-ilmu yang berkaitan dengan method pengeluaran hukum Islam seperti ilmu usul feqah, feqah mazhab dan dapat menguasai bahasa Arab dengan baik.

Buku ini amat baik dibaca khususnya kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam memberi pandangan dan hukum-hakam feqah dalam urusan dakwah. InsyaAllah dengan membaca buku ini, pembaca dibimbing berasaskan ilmu istinbat pengeluaran hukum peninggalan ulama silam cara bagaimana memberi pandangan  dan mengeluarkan hukum kepada permasalahan-permasalahan yang baru timbul dalam urusan dakwah masa kini.

Buku ini setebal empat juzuk dan setiap juzuk mengandungi sekitar 450 halaman menuntut kesabaran tinggi dari pembaca apabila membacanya. Kesabaran kerana ditulis dengan olahan bahasa yang tinggi, dipenuhi dengan istilah-istilah teknikal dan contoh-contoh yang jarang dijumpai oleh mereka yang kurang pendedahan dalam pengajian bidang syariah.

Moga Allah SWT merahmati pengarang buku ini dan kita semua.

Sekian wassalam.
Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS

6 thoughts on “Usul Berijtihad dan Memberi Fatwa dalam Feqah Dakwah (Mohamad Ahmad Ar-Rasyid)

  • abu mus'ab

    assalaamualaikum wbt.
    subhanallah.
    ada tak terjemahan dalam bahasa melayu?
     
    boleh tak ana nak minta ustaz listkan senarai buku tulisan muhammad ahmad ar-rashid kat sini?
    jazakallaah khayr.

  • Sharafuddin Shah

    Salam ustaz. Ada email ustaz muhammad ismail? (susah nak call sebab bukan kat malaysia) Berapa harganya ye ustaz?

  • Setiausaha MUIS

    salam;

    Baru kontek ustaz Muhamad Ismail, dia kata buku tersebut masih ada. Dia telah letakkan di gerai buku Telaga Biru sempena Pameran Buku Antarabangsa di PWTC sekarang. Kepada yang berminat untuk mendapatkan buku tersebut sila dapatkan segera di sana.

    sekian wassalam
    s/u muis

  • Setiausaha MUIS

    w’salam;

    Setakat yang saya tahu buku tersebut tidak dijual di kedai-kedai buku kat Malaysia (Wallahu A’lam). ISMA telah diberi kercayaan untuk mengedar buku tersebut. Saya sendiri telah membeli buku tersebut di Pejabat ISMA Bangi. Ketika saya beli buku tersebut, ia baru sampai dan jumlah yang sampai hampir seratus set. Sekarang saya tak pasti adakah stok masih ada atau dah habis sebab ustaz-ustazah isma pun ramai yang berminat. Apa pun boleh cuba dengan menghubungi ustaz Muhamad Ismail (013-344-6155).

    sekian
    ahmad
    s/u muis

  • Sharafuddin Shah

    Salam. Buku ini ada dijual di Malaysia ya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *