Hukum Pemakaian Niqab (Purdah)

Bagaimanakah hukum pemakaian niqab (purdah) bagi wanita muslimah memandangkan sesetengah pendapat mengatakan wanita disaran memakainya untuk menjaga diri pada zaman yang penuh fitnah ini. Namun dari sudut dakwah, pemakaian niqab mungkin menjadi penghalang untuk mendekati masyarakat yang mempunyai pelbagai tanggapan tentangnya.

Jawapan:


Perkara yang sama telah ditanya kepada Syeikh Dr Yusof al-Qaradhawi dan beliau telah menjawab secara panjang lebar soalan tersebut. Berikut adalah ringkasan daripada jawaban yang telah diberi oleh beliau.

1) Perkara ini iaitu samada wanita Islam wajib menutup seluruh tubuhnya termasuk muka dan tapak tangan dengan memakai purdah atau hanya wajib memakai tudung yang menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan adalah permasalahan khilaf yang diperselisihkan oleh para ulama.

2) Mengikut beliau perselisihan ini akan berterusan walaupun berlaku penulisan-penulisan baru dalam bidang ini. Ini ialah kerana masing-masing mempunyai sandaran bagi menyokong pendapat masing-masing.

3) Setelah membawa dan membahaskan kedua-dua hujah ulama yang berselisih dalam perkara ini, syeikh Yusof al-Qaradhawi mentarjih pandangan yang mewajibkan menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Beliau berkata: Saya suka sebut dan tegaskan satu hakikat yang tidak perlu kepada penegasan, kerana di sisi ahli ilmu ia sudah jelas lagi terang bahawa pandangan yang tidak mewajibkan pemakaian purdah (menutup seluruh tubuh termasuk muka dan tapak tangan) ke atas wanita muslimah di hadapan lelaki ajnabi yang halal berkahwin adalah pandangan jumhur (majoriti) ulama semenjak zaman sahabat r.a.

4) Sebagai kesimpulan, syeikh Yusof al-Qaradhawi berpandangan bahawa wanita muslimah wajib menutup seluruh tubuh badannya kecuali muka dan tapak tangan. Jika anda ingin melihat perbahasan terperinci mengenai perkara ini, sila pergi ke alamat website syeikh al-Qardhawi dan jika anda tidak tahu berbahasa Arab, anda boleh menggunakan khidmat terjemahan daripada pihak google. Alamat websitenya mengenai masalah yang ditanya adalah seperti berikut:

http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=7291&version=1&template_id=130&parent_id=17

Sekian

Ust Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS

2 thoughts on “Hukum Pemakaian Niqab (Purdah)

  • March 9, 2010 at 5:34 am
    Permalink

    mungkin tpt sekali dr sudut fiqh, tetapi perjelaskan dr sudut dakwah……………….”Namun dari sudut dakwah, pemakaian niqab mungkin menjadi penghalang untuk mendekati masyarakat yang mempunyai pelbagai tanggapan tentangnya”………………….ini rasanya soalan sebenar…………

  • March 11, 2010 at 12:25 pm
    Permalink

    Terimakasih ustaz, cuma terjemahan google rasanya banyak masalah dari sudut ketepatan, kadang-kadang boleh jadi salah faham, terutamanya dalam isu fekah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *