Bagaimana Mengubah Sifat Mazmumah Dalam Diri
Assalammualaikum
Saya ada 1 masalah. Saya sekarang dalam proses mengubah diri
Maksud saya, sebelum ni saya seorang yang jahil tentang agama dan sekarang tengah berusaha untuk menambahkn ilmu tentang agama
Masalahnya, terlalu banyak sifat-sifat mazmumah dlm diri saya. Saya minta bantuan cara-cara nak kikis sifat-sifat mazmumah yang ada dalam diri sbb saya takut sifat-sifat tu terus subur dalam diri saya
wallahualam
Hamba Allah
Jawapan:
بسم الله الرحمن ارحيم
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسوله الأمين وعلى آله وصحبه أجمعين
Antara nikmat Allah kepada hambaNya ialah apabila Ia mengurniakan kesedaran mengenai kelemahan diri hambaNya .Lantaran itu ia berusaha untuk memperbaiki dirinya .Sejarah telah membentangkan kepada kita bahawa terdapat beberapa tokoh hebat lahir daripada kesedaran mengenai kelemahan diri mereka .
Saya anjurkan agar saudara terus menimba ilmu pengetahuan agama dari sumber yang sahih .Dampingi guru-guru yang ikhlas lagi berjiwa murshid (membimbing) dan musleh(memperbaiki) , terus bersahabat dengan sahabat-sahabat yang soleh dan jika mampu bergurulah mempelajari kitab riadhussolihin (latihan bagi orang yang ingin menjadi soleh) karya Imam Nawawi r.a .Carilah sahabat-sahabat yang boleh berusrah .
Sekian.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
والله أعلم ….
Ustaz Zamri Hashim
Sekretariat Majlis Ulama ISMA