IbadahSoal Jawab

Masalah haid

Assalamualaikum ustaz/ustazah, banat akan keluar lendir warna merah pucat dalam 2 minggu tp tak regular everyday keluar. seterusnya akan keluar darah berketul warna merah gelap yang sangat banyak, cramp perut dan senggugut selama 1 hingga 2 minggu juga.

Persoalannya, yang mana satu start waktu period? banat rasa ragu… perkara ini berlaku sejak tahun lepas…

Jawapan:

Permasalahan banat ialah keluar darah secara berterusan, bermakna banat mengalami istihadhah dan haid sekali. Untuk membezakan antara keduanya ialah dari segi warna, bau dan kepekatan. Dari soalan banat , jelas menunjukkan darah yang keluar minggu 1-2 adalah darah istihadhah, dan  dalam tempoh itu banat hendaklah solat dan beibadah seperti biasa, dua minggu terakhir pula adalah darah haid berdasarkan ciri-cirinya.

Sekian Wallahu A'lam

Disediakan oleh:
Ustazah Nur Azimah bt Abd Rahman

One thought on “Masalah haid

  • srikandi

    Salam..
    izinkan ana sambung persoalan darah istihadah..untuk kiraan hari dalam membezakan istihadah atau haid, darah yang keluar semula setelah suci 15 hari dr haid pada kitaran sebelumnya adalah dikira istihadah kan?sekiranya mengikut kiraan, darah yang keluar adalah istihadah, perlu juga cnsider/pertimbangkan keadaan/jenis darah itu juga ke?maksud ana dari segi kepekatan, warna dan sebagainya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *