Kahwin Sepupu
Saya Abu (bukan nama sebenar) mempunyai teman wanita bernama Zainab (bukan nama sebenar), dan kami ini adalah sepupu rapat, iaitu ayah kandung saya dan ayah kandung Zainab adalah adik beradik LELAKI. Ayah saya anak pertama, ayah Zainab anak kedua. Persoalannya ialah, bolehkah saya, Abu berkahwin dgn Zainab? (iaitu sepupu sendiri yg memang rapat hubungan keluarga kerana ayah kami berdua adalah adik beradik kandung). Adakah akan muncul masalah wali? Adakah haram kami berkahwin? Kerana ada yang mengatakan kami tidak boleh berkahwin kerana waris kuat? Dan kerana saya boleh menjadi wali kepada Zainab? Dan juga kerana ayah kami berdua adalah adik beradik, maka akan muncul masalah wali, waris dikemudian hari. Saya berharap sangat ustaz dapat membantu saya dengan menjawab persoalan ini. Saya insan yg hina lagi jahil tentang agama, bantulah saya dengan memberi keterangan yang jelas mengenai isu kahwin sepupu ini.
Jawapan:
Wa alaikumussalam. Berkahwin dengan kaum keluarga terdekat yang bukan mahram seperti sepupu dan seumpamanya adalah antara perkara yang dibenarkan oleh Allah swt sebagaimana firman Allah setelah menerangkan wanita-wanita yang diharamkan berkahwin dalam ayat 24 surah al-Nisa’ yang bermaksud: “Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu…” Juga firmanNya dalam surah al-Ahzab ayat 50 yang bermaksud: “…dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu…”
Tiada perselisihan tentang hukum boleh berkahwin dengan mereka, cuma para ulama berselisih pandangan tentang hukum boleh tersebut. Ada yang mengatakan boleh tetapi makruh seperti pandangan mazhab Syafie dan Hanbali. Ada yang mengatakan harus (boleh), seperti pandangan mazhab Maliki dan ada yang mengatakan sunat seperti pandangan mazhab Zahiri.
Pendapat kedua (yang mengatakan hukum berkahwin dengan mereka boleh atau harus) lebih rajih (kuat) berdasarkan dalil-dalil berikut:
1. Firman Allah swt dalam surah al-Nisa’ ayat 3 yang bermaksud: “…maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari kalangan perempuan…”
2. Rasulullah saw sendiri berkahwin dengan sepupu baginda yang bernama Zainab, bahkan baginda sendiri mengahwinkan anak perempuan baginda Umm Kulthum dan Ruqayyah dengan ‘Utbah dan ‘Utaybah yang kedua-duanya adalah sepupu kepada anak-anak perempuan baginda, serta baginda juga mengahwinkan Fatimah dengan Ali (Ali adalah sepupu baginda).
Oleh itu tidak berbangkit masalah wali dan waris jika berlaku perkahwinan di antara sepupu, kerana perkahwinan itu sendiri adalah dibenarkan oleh Allah swt bahkan dilakukan sendiri oleh Rasulullah SAW.
Mungkin ada yang mengatakan perkahwinan dengan keluarga terdekat seperti sepupu akan menyebabkan berlaku kecacatan pada anak yang bakal dilahirkan. Namun dakwaan ini tidaklah boleh diterima secara mutlak, kerana banyak kajian-kajian perubatan yang dijalankan mutakhir ini menunjukkan risiko untuk mendapat anak yang cacat atau mempunyai penyakit warisan hanya pada nisbah 7-8 peratus sahaja bagi suami dan isteri yang terdiri daripada keluarga terdekat, manakala risiko yang sama hanya pada kadar 5 peratus sahaja jika suami dan isteri bukan terdiri daripada keluarga terdekat. Kajian-kajian tersebut membuat kesimpulan bahawa tidaklah boleh untuk menghalang daripada berlakunya perkahwinan di kalangan keluarga terdekat, sebaliknya mereka hendaklah dinasihatkan menjalankan pemeriksaan perubatan terlebih dahulu sebelum melangsungkan perkahwinan bagi mengenal pasti penyakit yang mungkin diperolehi oleh anak yang bakal dilahirkan. Tambahan pula, perkahwinan di antara keluarga terdekat juga turut mempunyai sudut-sudut yang positif, seperti mengekalkan sifat-sifat istimewa tertentu yang terdapat dalam sesebuah keluarga seperti pintar, kuat, cantik dan sebagainya. Pada ketika itu, perkahwinan dengan keluarga terdekat adalah lebih baik daripada perkahwinan dengan orang yang jauh kerana sesuatu keluarga itu akan terus mengekalkan sifat-sifat baik tersebut.
Kesimpulannya, perkahwinan dengan keluarga terdekat seperti sepupu adalah halal dan dibolehkan secara mutlak, dan tidak ada kemudaratan yang berterusan padanya. Tidak mungkin Allah membolehkan sesuatu secara berterusan dan mutlak, kemudian perkara itu mempunyai kemudaratan umum terhadap manusia.
Wallahu a’lam.
Disediakan oleh:
Ustaz Anwar Fakhri Omar
Sekretariat Majlis Ulama ISMA
Boleh tiada masalah untuk berkahwin dgn keluarga terdekat yang bukan mahram seperti sepupu, ini jelas disebut dalam soal jawab di atas. Ulama bersepakat dalam membolehkan perkara ini.
Saya nak tanya ustaz saya dan sepupu lelaki saya nuar…boleh tak kami berkahwin,ada yg mengatakan tidak boleh kerana mak kandung nuar dan mak kandung saya adik beradik kandung…apa jawapan ustaz
assalamualaikum… dari segi hukum islam rasanya tidak layak sy bkata2… skadar berkongsi ilmu, sy pernah blajar genetik dalam biologi dan berkenaan kahwin sepupu…peratusan lahirnya anak2 yg cacat adalah bergantung kepada nenek, datuk ataupun moyang2 keturunan di atas pasangan sepupu ini…. dikhuatiri jika mengahwini spupu, penyakit keturunan nenek moyang diwarisi oleh cucu2 kerana apabila seseorang itu mempunyai sebarang penyakit kturunan, anak2 cucunya mungkin terselamat dari penyakit tetapi mereka mungkin menjadi pembawa kepada genetik penyakit tersebut..oleh itu, apabila anak2 cucunya berkahwin antara satu sama lain dan kedua2nya adalah pembawa, maka mereka mungkin memperolehi anak yg mendapat penyakit tersebut… begitu juga dengan yang di sebut di atas iaitu utk mengekalkan kebijaksanaan atau kecantikan…. jika nenek moyang tidak memiliki genetik2 tersebut, bgaimana pula cucu2 yg berkahwin boleh mngekalkan perkara yg tidak wujud… kesimpulannya, sepasang manusia yang mempunyai talian saudara iaitu sepupu mempunyai keturunan moyang yang sama, maka anak2 mereka pula bakal mewarisi setiap yang dimiliki nenek moyang mereka kerana tiada campuran genetik dari keturunan lain….last but not least..sy byk guna pkataan 'mungkin' kerana ini hanya apa yang dikaji manusia maka tidak 100% tepat, ttpi semua yang berlaku adalah tepatnya atas kehendak ALLAH S.W.T…
assalamualaikum ustaz,saya ada satu pertanyaan iaitu saya dan sepupu perempuan saya(nurul) adakah boleyh berkahwin??
ada yg mengatakan tidak boleh kerana mak kandung nurul dan mak kandung saya adalah adik beradik kandung…adakah benar kami tidak boleh berkahwin???
saya betol2 memerlukan jawapan ustaz untuk kemusykilan ini…
segala bantuan ustaz amat saya hargai terima kasih…
hudiorsaudils, escitalopram without prescription It is more tolerable to patients than other medications as it is one of 12 new generation antidepressants that have been so well relieved. http://allyourweddingplanning.com/ – purchase lexapro
assalamualaikum…
saya ada sedikit kemusykilan mengenai kahwin sepupu. bapa saudara saya memasang hajat untuk menyunting saya sebagai pasangan hidup bagi anak terunanya memandangkan kehadiran saya lebih disenangi oleh kaum keluarga bapa saudara serta mertuanya.namun begitu..saya mengetahui bahawa nenek saya telah menjadi ibu susuan kepada bapa saudara saya manakala nenek saudara saya pula telah menjadi ibu susuan kepada ibu saya.persoalannya.. masih sah kah disisi agama jika kami diijabkabulkan satu hari nanti?
amin semoge bahagie
cinta dgn sepupu mmg bleh cuma dugaan yg perlu dihadapi adalah sekiranya berlaku perselisihan akan melibatkan keluarga besar…pengalam saya sendiri…
dah macam novel aku tengok cerita2 situasi dekat sini…
Pelik 2… sudah terang lagi bersuluh.. jawapan dah ada depan mata pun masih ragu lagi. dalam Quran surah al Baqarah ,al talaq dan an Nisa' banyak menerangkan bab perkahwinan ni. kepada yang masih ragu2 tu rajin2 lah membelek Al Quran dng terjemahanya. Panjang lebar Allah terangkan disitu..
Pelik 2… sudah terang lagi bersuluh.. jawapan dah ada depan mata pun masih ragu lagi. dalam Quran surah al Baqarah ,al talaq dan an Nisa' banyak menerangkan bab perkahwinan ni. kepada yang masih ragu2 tu rajin2 lah membelek Al Quran dng terjemahanya. Panjang lebar Allah terangkan disitu..
assalamualaikum..em bolehkah saya berkahwin dengan sepupu saya..ayah saya dan emak dia adalah adik bradik.emak die anak ke-4 dan ayah saya ank ke 5…saya perlukan jawapan segera…
Assalamualaikum
maaf ustad saya ingin bertanya saya bernama md dan perempuan itu bernama zahla(bukan nama seberna saya dengan dia bersaudara seperti mak saya dengan mak zahla adik beradik bolehkah kami berkahwin
setuju dgn AHZ. selain drp komen hukum kawen sepupu, mungkin boleh komen or bagi nasihat tentang isu couple tersebut…
Isu disini adalah bukan bab kawen dgn sape..tetapi lebih kepada kenapa perlu bercouple sebelum berkhawin dan apakh hukum bercouple?Rasanya itu yg perlu ditanyakan..Allahu’alam
bermaksud sekiranya bapa sepupu dan bapa kita adalah adik beradik kandung boleh kahwin la . tp masalahnya sekiranya kiah ( bukan nama sebnar ) sudah mempunyai teman dalam masa yg sama ibu bapa kiah tidak mengetahuinya . sebelum nih ibu bapa kiah pernah melihat teman lelaki kiah ini tetapi tidak merestuinya . lalu kiah bercinta tanpa pengetahuan ibu bapa . tetapi sekarang ibu bapa mahu menjodohkan kiah dengan sepupunya . tetapi kiah dalam dilema mahu memilih yang mana sama ada temannya atau sepupunya . harap dapat membantu saya . apabila tanya pada kakak kiah lalu kakaknya kata tak mahu kah pertahankan cinta anda . kiah mahu tapi apakan daya . kiah tersepit dgn ibu bapa . dalam masa yang sama dia mencintai lelaki tersebut .
apa-apa pun sepupu tu tak harm dikahwinllah.sebab bukan mahram dan kita kena tutup aurat juga di depan mereka..
b0leh ker x?
bt0l ke ade kcctan? tp i2 bkn mkc0d'y j0d0 kter?
TUHAN da cipta sbaik2 kjdian..n mgkin qada'n qadar..hmm kureng psti.
saya ingin bertanya mengenai hukum dalam islam, jika saya seorang lelaki berkahwin dengan anak perempuan sepupu saya. Adakah haram?
sepupu dgn sepupu bleh kahwin..
mcm mne plak dgn anak sepupu?
bagus juga jawapan yang di bagi oleh usraz ni……sekampung saya pun ada kawin sepupu dorang tapi anak dorang tak cacat pun dan bijak lagi…….emmm
Alhamdulillah.. sedikit sebanyak ruang ini dapat membantu saya dalam mencari jawapan seperti Abu. Adakah situasi saya dan Abu adalah sama atau berbeza, sila bantu saya yang Jahil ini.
ibu teman lelaki adalah adik kepada bapa saya.
sekiranya situasi saya dan Abu adalah sama, fahamlah saya atas penjelasan diatas. Sekiranya berbeza, minta ustaz perjelaskan..
Terima Kasih
sy bercinta dgn sepupu sy dan merancang utk brkahwin. ibu sy dan ayah dye(spupu sy) mrupakan adik beradik berlainan ibu tp sm ayah…jd adkh risiko utk mdapat anak cacat berkurang..n bolehkan dye(sepupu sy) mjadi wali kpd sy ?
http://www.darulnuman.com/cgi-bin/forum/YaBB.pl?board=2&action=display&num=2205
saya confius dengan comment yg diberikan oleh Muhammad Syazwan dengan petikannya seperti berikut:
Sabda Nabi SAW: “Janganlah engkau kahwini kerabat yang dekat, kerana anakmu nanti akan menjadi kurus.”
Rasulullah menganjurkan agar tidak mengahwini keluarga yang terdekat, kerana yg demikian itu mengurangkan nafsu syahwat.
seperti hadith yang lemah.. minta tolong perjelaskan untuk mengelakkan penyebaran hadith lemah/palsu