Memahami Malaysia Negara Islam menurut Syarak (siri 2)
Siri 1: link di sini
Islamnya Malaysia bukan sekadar pada kayu ukur minima syarak
Setelah kita menyedari kewajipan mendirikan negara Islam, kita juga perlu memahami apakah yang menjadikan sesebuah tempat itu menjadi negara Islam. Berlaku perbahasan panjang dikalangan ulama berkenaan perkara ini yang boleh kita simpulkan kepada tiga pandangan. Sebahagiannya melihat negara Islam itu secara teknikal pemerintahan semata-mata iaitu mana-mana negara yang pemerintahnya Islam serta sistem perundangan adalah berasaskan syarak bahawa ianya adalah negara Islam. Ibnu Qayyim (1996):
ูุงู ุงูุฌู ููุฑ: ุฏุงุฑู ุงูุฅุณูุงู ูู ุงูุชู ูุฒููุง ุงูู ุณูู ููุ ูุฌุฑุช ุนูููุง ุฃุญูุงู ู ุงูุฅุณูุงู
Berkata jumhur bahawa tanah Islam ialah yang diperintah oleh umat Islam serta berdirinya hukum hakam Islam
Berdasarkan kata-kata ini, syarat bahawa penduduk negara itu Muslim atau perlunya bilangan majoriti Islam bukanlah syarat untuk menjadikan sesebuah tempat itu negara Islam. Yang perlu ialah pemerintahan dikuasai umat Islam dan sistem itu mestilah berasaskan syarak. Berdasarkan takrifan ini juga bermaksud sebuah negara yang sistemnya atau pemeritahannya bukan lagi Islam ianya boleh menghilangkan status โnegara Islamโ tersebut.
Sebahagian ulama lain pula melihat perbahasan ini dalam erti lebih luas. Khususnya kerana mereka hidup serta menyaksikan zaman jatuhnya banyak tanah umat Islam dalam peristiwa serangan Mongol terhadap khalifah Abasiyyah pada tahun 1253M. Al-Nawawi (1992) yang hidup pada zaman tersebut antaranya melihat takrifan ini dengan erti yang lebih luas bukan sekadar pada teknikal pemerintahan. Beliau menyebut terdapat tiga bentuk negara Islam iaitu:
ุฃูู ูุฏุงุฑ ุงูุฅุณูุงู ู ุซูุงุซู ุตูุฑู: ” ุฏูุงุฑู ูุณูููุง ุงูู ุณูู ูู… ุ ูุฏุงุฑู ูุชุญูุง ุงูู ุณูู ูู ูุฃููุฑููููุง ูู ูุฏ ุงููููุงุฑ ูุจูุฌุฒูุฉู… ุ ูุฏูุงุฑู ูุงู ุงูู ุณูู ูู ูุณูููููุง ุซู ุฌูููููุง ุนููุงุ ูุบูููุจู ุนูููุง ุงูููุงูุฑ
Terdapat tiga bentuk gambaran negara Islam iaitu: negara yang diduduki umat Islam, negara yang dibuka oleh umat Islam serta kekal dikuasai oleh mereka, negara yang pada asalnya dikuasai oleh umat Islam kemudian dirampas oleh orang kafir
Ar-Ramli (2012) pula menyebut:
ู ูู ุฏุงุฑ ุงูุฅุณูุงู - ู ุง ุนููู ููููู ู ุณูููุง ููู ุณูู ููุ ููู ูู ุฒู ูู ูุฏูู ูุ ูุบูุจ ุนููู ุงููููุงุฑู ููุฑุทุจุฉู
Antara bentuk negara Islam ialah yang tempat diketahui umat Islam menguasai negara tersebut pada satu tempoh kemudiaan dirampas oleh orang kafir seperti yang berlaku di Andalus
Pandangan ini secara asasnya dibuat pada waktu itu demi memelihara maslahat umat Islam yang masih tinggal di negara yang sedang dijajah tersebut. Juga supaya adanya kesedaran serta usaha bersungguh-sungguh daripada umat Islam lainnya bagi membebaskan kembali tanah tersebut kerana ianya masih lagi tanah Islam.
Namun ada sebahagian ulama lain cuba mengimbangi kedua-dua pandangan ini dengan meletakkan asas negara Islam itu adalah berdasarkan sejauh mana syiar Islam didaulatkan di tempat tersebut. Al-Dasuki (1980) menyebut:
ูุฃู ูุง ู ุง ุฏุงู ุช ุดุนุงุฆุฑู ุงูุฅุณูุงู ู ุฃู ุบุงูุจููุง ูุงุฆู ุฉู ูููุง: ููุง ุชุตูุฑู ุฏุงุฑู ุญุฑุจ
Adapun tanah yang masih menegakkan syiar Islam atau sebahagian (syiar) masih terpelihara tidak akan bertukar kepada dar harb (negara kufur)
Yang dimaksudkan dengan syiar agama Islam ialah apabila azan, solat jemaah solat jumaat, puasa, zakat, sambutan perayaan Islam dapat dilakukan tanpa sekatan atau halangan. Inilah juga yang dipegang oleh al-Sanani seperti yang diriwayatkan oleh Abi Tib (1988) ketika ditanya tentang Aden yang ditawan oleh Perancis adakah masih kekal negara Islam. Jawab beliau:
ุฃูู ุนุฏู ูู ุง ูุงูุงูุง ุฅูู ุธูุฑุช ูููุง ุงูุดูุงุฏุชุงู ูุงูุตูููุงุช ููู ุฏุงุฑู ุฅุณูุงู ู
Sesungguhnya Aden dan tanah umat Islam lainnya selagi mana terzahirnya syahadah serta solat berjemaah maka ia akan kekal negara Islam.
Al-Ghadban (1994) ย menyebut hujah syiar menjadi asas pembentukan negara Islam juga adalah berasaskan Sirah Nabi SAW. Di mana saat Baginda tiba di Madinah, antara perkara awal yang dilakukan selain mempersaudarakan antara Muhajirin Ansar, Aus Khazraj adalah turunya wahyu pensyariatan azan. Laungan syiar Islam azan itulah menjadi lambing berdirinya negara Islam. Ayat 41 Surah al-Hajj juga melambangkan bagaimana syiar Islam iaitu solat menjadi gambaran pertama apabila berbicara soal negara Islam. Ibnu Rejab (1996) dalam Fathul Bari menyebutkan:
“ุฅูู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู ูุงู ูุฌุนู ุงูุฃุฐุงูู ููุฑููู ู ุง ุจูู ุฏุงุฑ ุงูููุฑ ูุฏุงุฑ ุงูุฅุณูุงู ุ ูุฅูู ุณู ุน ู ุคุฐููุง ููุฏูุงุฑ … ูููู ุนู ุฏู ุงุฆูู ูุฃู ูุงููู ”
Sesungguhnya Nabi SAW menjadikan azan sebagai kayu ukur perbezaan antara negara Islam dan negara kafir, jika terdengarnya laungan bilal maka terpeliharalah darah dan harta mereka.
Berdasarkan ketiga-tiga pandangan ini, saya cenderung kepada pandangan ketiga yang menilai negara Islam berdasarkan sejauh mana syiar Islam ditegakkan di negara tersebut. Ini kerana pandangan ini mempunyai kayu ukur yang jelas, asas hujah syarak serta memberi maslahat kepada umat Islam keseluruhannya. Haiโah al-Sham al-Islamiyah (2016) juga telah memberikan fatwa berasaskan perkara ini lalu meletakkan negara-negara yang syiar Islam masih lagi dapat ditegakkan adalah kekal sebagai sebuah negara Islam walaupun tidak melaksanakan hukum hakam Islam secara sempurna.
Oleh itu apabila kita meletakkan perbahasan ini dalam situasi Malaysia hari ini, kita akan dapati bahawa keislaman Malaysia bukanlah berada pada tahap minima iaitu syiar semata-mata. Kuasa pemerintahan tertinggi (Yang Dipertua Agong, Sultan Negeri, Perdana Menteri)ย di Malaysia masih lagi kekal milik umat Islam, perlembagaan meletakkan Islam pada kedudukan tersendiri, mempunyai sejarah kerajaan Melayu Islam Melaka, undang-undang Islam masih lagi didaulatkan walaupun tidak sempurna melalui Mahkamah Syariah, penduduk Islam adalah majoriti serta banyak lagi alasan lain. Oleh itu, keIslaman Malaysia adalah suatu perkara yang pasti serta tiada keraguaan lagi menurut perspektif syarak.
(akan bersambung siri 3)
Muhammad Firdaus bin Zalani
Pegawai Penyelidik MUIS
RUJUKAN
Al-Quran al-Karim
Abi Tib, Muhammad Sidiq bin Hasan. 1988. Al-Ibrah mimma Jaโa fi al-Ghazwa wa al-Syahadah wa al-Hijrah. Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
al Juwayni, I.A.H. and bin Abd Allah, A.A.M., 1979. Ghiyath at-Umam fi Iltiyath al-Zulam. Matbaah Nahdah.
Al-Farraโ, al-Qadhi Abi Yaโla. 2000. Al-Ahkam al-Sultaniyah. Dar al-Kutub al-Ilmiyah
Al-Jawziyyat, Ibnu Qayyim., 1996. Ahkam ahl al-Dhimmat. Matbaah Jamiโ.
Al-Mawardi, A.A.H.A., 1996. Al-ahkam al-sultaniyah wa al-wilayat al-diniyah. Dar al-Qalam.
Al-Nawawi, Yahya ibn Sharaf. 1992. Raudhah al-Talibin. Dar al-Kutub al-โIlmiyah
Al-Qurtubi, Abi Abdullah Muhd Ahmad. 2003. al-Jaฬmiโli Ahฬฃkaฬm al-Quraฬn. Dar al-Kotob al-โIlmiyah.
Al-Ramli, M.B.S., 2012. Nihayatul Muhtaj. Al-Kaherah: Maktabah Taufiqiyah.
Al-Subki, Tajuddin. 1986. Muid al-Niam wa Mubid al-Niqam. Muassash al-Kutub al-Tsaqafiyah
Dasuki, Muhammad Ibnu Arafa., 1980. Hashyatul Al Dasuki Ala Sharhi Al-Kabir.
Ghadban, Muhammad Munir. 1994. Manhaj Haraki dalam Sirah Nabawi. Pustaka Mantiq, Solo.
Haiโah al-Sham al-Islamiyyah. 2016. https://islamicsham.org/fatawa/3036
Ibn Rejab, Zain al-Din Abd al-Rahman. 1996. Fathul Bari Sharah Sohih al-Bukhari. Maktabah al-Ghurabaโ
IbnTaimiyyah, A., 1971. Al-Siyasah al-Syar โiyyah fi Islah al-Ra โi waโ l-Ra โiyya. Dar al-Shaโab
Quแนญb, Sayyid. 1975. Fฤซ แบilฤl al-Qurสผฤn. Dฤr al-Shurลซq;
Qutb, Sayyid. 1983. Khosais Tasawur Islami wa Muqawwamatuhu. Dฤr al-Shurลซq;
Surrahman Hidayat. 2001. Al-Taayush al-Silmi baina al-Muslimin wa Ghairahum. Dar al-Salam
Zuhaily, Wahbah., 2007. Tafsir al-munir. Intel Multimedia and Publication