PANDUAN PENULIS MUIS
Panduan Asas Penulisan & Penghantaran Artikel Website MUIS
Dokumen ini disediakan sebagai panduan mudah kepada semua Penulis Akademi IW dan penulis MUIS untuk menghasilkan artikel yang lebih tersusun, kemas dan profesional.
Isi Kandungan
Pilih tajuk untuk terus membaca bahagian yang diperlukan.
1. Peranan Penulis MUIS
Penulis MUIS bukan sekadar menghantar artikel. Setiap penulis membawa nama dan identiti MUIS sebagai sebuah platform ilmu dan dakwah Islam Wasatiy.
- Membawa suara ilmuan dan asatizah
- Menjadi rujukan masyarakat
- Menyampaikan ilmu secara tenang dan beradab
- Membantu membina portal ilmu umat
2. Gaya Penulisan MUIS
Artikel MUIS perlu menggunakan bahasa yang jelas, tenang dan mudah difahami masyarakat umum.
Digalakkan
- Panduan…
- Kupasan…
- Penjelasan…
- Hukum…
Elakkan
- Tajuk terlalu provok
- Clickbait
- CAPS LOCK
- Bahasa terlalu kasar
3. Struktur Artikel Yang Disarankan
Gunakan struktur mudah supaya artikel lebih sedap dibaca dan mesra telefon bimbit.
- Tajuk artikel
- Intro ringkas
- Isi utama dengan heading kecil
- Dalil / fakta / contoh
- Penutup dan kesimpulan
4. Tone & Identiti MUIS
| Digalakkan | Elakkan |
|---|---|
| Tenang | Marah berlebihan |
| Ilmiah | Sindiran kasar |
| Beradab | Provokasi |
| Wasatiy | Sensasi politik |
Penulisan MUIS perlu menzahirkan pendekatan yang tenang, berprinsip dan mudah difahami. Tegas tidak semestinya kasar, dan ilmiah tidak semestinya sukar dibaca.
5. Cara Hantar Artikel di Website MUIS
Penulis hanya perlu mengetahui langkah asas berikut:
- Login ke: www.muis.org.my/wp-admin
- Klik Posts → Add New Post
- Masukkan tajuk artikel
- Tulis isi artikel
- Pilih kategori yang sesuai, maksimum hanya 2 kategori sahaja
- Upload Featured Image jika ada
- Klik Save Draft atau Submit for Review
Featured image dalam WordPress ialah gambar utama yang ditetapkan untuk mewakili keseluruhan isi sebuah artikel atau halaman. Gambar ini berfungsi seperti kulit buku: menarik perhatian pembaca dan memberi gambaran ringkas tentang isi konten tersebut.
Saiz image terbaik ialah : 1600 × 1270 atau 1200×953 atau 800×635px
6. Contoh Paparan Dashboard WordPress
Cadangan: Ambil screenshot sebenar dari website MUIS untuk memudahkan penulis memahami lokasi menu.
7. Contoh Featured Image MUIS
Featured image perlu menggunakan template dan warna rasmi MUIS supaya portal kelihatan lebih kemas dan konsisten.
8. Penutup
Matlamat MUIS bukan menghasilkan artikel yang banyak semata-mata, tetapi menghasilkan artikel berkualiti yang menjadi rujukan masyarakat.
Jika terdapat sebarang kekeliruan, penulis boleh bertanya kepada pihak AdmiN atau penyelaras portal MUIS.

