IbadahSoal Jawab

Dinar emas 916 kena zakat

Assalamualaikum ustaz,

Adakah dinar (emas 916) dan dirham (perak 925) yang disimpan dan tidak digunakan sebagai matawang dikenakan zakat.

Jika ada zakatnya, adakah pengiraan mengikut kaedah jongkong (emas 999)/(perak 999) simpanan ataupun sebagai perhiasan (emas 916/perak 925)

Jawapan:

Emas dan perak yang disimpan adalah diwajibkan zakat. Ini berdasar hadis nabi saw yang maksudnya:

"Mana-mana orang yang memiliki emas dan perak tetapi tidak menunaikan haknya (tunaikan zakat), maka di akhirat nanti dia akan diseterika dengan seterika api neraka…. (riwayat Muslim).

Syarat membayar zakat emas dan perak adalah:

1) Cukup Nisab,

2) Cukup Haul dan

3) Emas dan perak tersebut mestilah asli.

Jadi dinar (emas 916) dan dirham (perak 925) yang disimpan adalah diwajibkan zakat apabila bahagian yang aslinya telah cukup nisab. Pengiraan adalah mengikut emas asli iaitu jongkong (emas 999) atau (perak 999).

sekian والله أعلم

Rujukan:
1) Ahmad Isa A'syur, al-Fiqh al-Muyassar.
2) Islamweb: http://www.islamweb.net/ver2/fatwa/ShowFatwa.php?Option=FatwaId&lang=A&Id=125255

Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *