‘Tidak batal wudhu’ sentuh bukan Islam
Assalamualaikum ustaz,batalkah wuduk kalau tersentuh secara sengaja atau tidak dengan bukan muslim walaupun sama jantina?
Jawapan:
Wudhu' tidak batal jika tersentuh secara tidak sengaja dengan bukan muslim yang sama jantina.
Begitu juga wudhu' tidak batal apabila sentuh secara sengaja tanpa perasaan syahwat dengan bukan muslim yang sama jantina.
Perbezaan pendapat berlaku apabila sentuh secara sengaja dengan perasaan syahwat. Mengikut pandangan yang ditarjih oleh Prof Dr. Abdul Karim Zaidan, batal wudhu' bagi seorang yang menyentuh muslim atau bukan muslim yang sama jenis secara sengaja dengan perasaan syahwat.
Sekian والله أعلم
Rujukan:
1) Dr.Abdul Karim Zaidan, al-Mufassol fi ahkamil Mar'at.
Disediakan oleh:
Ahmad Zainal Abidin
Sekretariat MUIS