Pembantu rumah
Saudara:
Assalamualaikum ustaz,
Dewasa ini perkhidmatan pengasuh/orang gaji semakin diperlukan untuk menjaga anak disebabkan kedua2 suami-isteri saling bekerja. Apa hukum sekiranya suami berada serumah dengan orang gaji(perempuan) ketika isteri out-station/ tiada di rumah?
s m s:
Assalamualaikum ustaz,
Dalam kesibukan pasangan suami isteri mencari rezeki dan juga menjalankan tanggungjawab dakwah, adakalanya keperluan mempunyai pembantu rumah sangat kritikal dalam memastikan kelancaran perjalanan rumah tangga tersebut…
Soalan ana, apakah perkara-perkara yang perlu 'dijaga' utk pasangan tersebut memiliki pembantu rumah?
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
Firman Allah S.W.T.
Bermaksud: dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (Ayat 31 surah al-Nur)
Untuk mengambil perkhidmatan pembantu rumah, kita kena jelas matlamatnya. Jika kerana keperluan yang sangat terdesak dan bukan untuk bermewah-mewah maka adalah diharuskan dengan syarat-syarat tertentu. Terdapat kebaikan dan keburukan tertentu dalam perkara ini. Ia sangat bergantung cara bagaimana majikan mengendalikan dan mendidik pembantu rumahnya. Sejarah membuktikan bagaimana Rasulullah s.a.w berjaya melahir watak hebat kepada pembantu baginda sehingga menjadi salah seorang pakar rujuk dalam bidang agama seperti Anas bin Malik r.a. Namun tidak dinafikan, khususnya di zaman moden ini berlaku banyak gejala fitnah yang timbul hasil hilang kawalan majikan dan tidak menjaga syariat Islam dalam mengendalikan pembantu rumahnya.
Antara syarat-syarat umum keharusan menggunakan perkhidmatan pembantu rumah ialah seperti berikut:-
- Kerana hajat dan keperluan serta diyakini tidak mendatangkan fitnah kepada diri dan keluarganya.
- Tidak meletakkan sepenuhnya pengurusan rumah tangga termasuk pendidikan anak-anak, urusan makan minum dan tanggungjawab-tanggung jawab lain sebagai isteri kepada pembantu rumah .
- Pembantu rumah tidak termasuk dalam golongan wanita-wanita yang boleh mendedahkan aurat kepada majikannya. Ayat 31 surah al-Nur di atas menjelaskan hakikat berkenaan. Oleh kerana itu ia wajib menutup aurat ketika majikannya yang berlainan jantina berada di rumah iaitu seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan (serta kaki mengikut mazhab mazhab Hanafi, ditahqiq oleh Prof Dr Abdul Halim Abu Syuqqah dalam kitab Tahrir alMar'ah)
- Tidak berlaku khulwah(berdua-duaan) atau dalam suasana yang mencurigakan di antara majikan dan pembantu rumah. Adalah tidak memadai majikan ditemani oleh anak-anak yang masih kecil bersama-sama pembantu rumahnya ketika ketiadaan isteri seperti berkursus dan lain-lain. Sabda Rasulullah s.a.w.
لا يخلون رجل بامرأة فإن الشيطان ثالثهما
الراوي: عمر بن الخطاب المحدث: ابن عبدالبر – المصدر: التمهيد – الصفحة أو الرقم: 1/227
خلاصة حكم المحدث: ثابتBermaksud: Jangan sekali-kali seorang lelaki bersendiri-sendirian bersama seorang wanita kerana pihak yang ketiga adalah syaitan!
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Disediakan oleh:
Ustaz Zamri bin Hashim
Sekretariat MUIS
suami makan pembantu rumah dan sama-sama makan.. alasan sakit badan, pembantu rumah mengurut dia dan melakukan khalwat dan bersetubuhan haram….
bagi saya, bukan masalah umur tua atau muda tp kena ambil kira pasal syahwat. tp benda2 mcm ni baik kita jauhkan kerana syaitan boleh memainkan peranannya untuk menyesatkan manusia. sekarang macam2 berlaku, nenek pun boleh jadi tempat pemuas nafsu. mungkin ahli panel muis boleh perbetulkan jika silap. wallahu a'lam
salam ustaz. kalau orang gaji tu,umurnya kira2 sudah boleh panggil nenek,tidak apakah x pakai tudung depan majikan dan anak2 yg sudah besar??
Suami juga perlu membantu isteri utk meringan kerja rumah,, tak perlu ambil org gaji..
kalau sibuk sangat, bagi suami kahwin sorang lagi agar boleh meringankan bebenan, boleh bergilir-gilir keluar buat urusan dakwah.. jangan jadikan urusan dakwah satu fitnah kepada kecuaian rumah tangga..