BeritaDunia IslamKenali UlamaKenyataan RasmiUmumUtama

Syeikh Abdul Majid Az-Zindadi, mujaddid ummah.

Muafakat Ilmuan Islam (MUIS) mengucapkan takziah di atas pemergian Syeikh Abdul Majid bin Aziz Az-Zindani dan mendoakan beliau agar ditempatkan bersama para anbiya’, aulia’ dan solihin.

Beliau Al-Marhum telah dilahirkan pada tahun 1942 dan berasal daripada wilayah Zindan. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada Isnin 22 April 2024 bersamaan 13 Syawal 1445 Hijrah di Istanbul Turki di usia 82 tahun.

Jasa beliau kepada umat Islam sangat besar, antaranya adalah beliau adalah pengasas kepada Universiti al-Iman di San’aa, Yaman yang telah melahirkan ribuan orang para alim ulama’ di seluruh dunia. Sheikh Abdul Majid juga memimpin Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin di Yaman, di samping memegang jawatan Pengerusi Majlis Ulamaʼ Yaman.

Di dalam bidang keilmuan , beliau merupakan graduan Universiti Al-Azhar dalam bidang Syariah. Beliau seorang yang alim di dalam bidang I’jaz Quran, dan telah menulis satu buku yang sangat masyhur iaitu Kitab Tauhid, yang menghubungkan konsep tauhid dan fenomena sains berdasarkan ayat- ayat Al-Quran. Antara karya beliau yang lain juga adalah,

  1. Ta’sil al-I’jaz al-Ilmi
  2. Ilm al-Iman
  3. Nahw al-Iman
  4. Al-Tauhid
  5. Al-Bayyinah al-Ilmiyyah fi al-Quran al-Karim

Kematian beliau juga merupakan satu inspirasi kepada para pendakwah dan gerakan Islam untuk terus berusaha menyebarkan Islam dan kita mendoakan agar amalan al-Marhum itu diterima oleh Allah SWT.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, al-Fatihah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *