BeritaJenayah IslamKolumnisMalaysiaUmumUtama

PELAKU HINA AGAMA PATUT DIKENAKAN HUKUMAN TAKZIR

Siri penghinaan terhadap Islam semakin hari semakin kerap terjadi meskipun umat Islam sekarang sedang fokus menunaikan ibadat di bulan Ramadan yang mulia ini.

Kali ini, usahawan popular yang telah  berulang kali mencetuskan kontroversi dengan video keterlaluan dan melampau, bertindak berani  memuat naik klip video yang memaparkan aksi lelaki menari dan berpakaian secara tidak senonoh. Konsep video yang diterbitkan Aliff saban tahun seringkali memaparkan aksi keterlaluan, tidak bermoral dan tersasar daripada akhlak seseorang yang beragama Islam.

Kita ingin tegaskan bahawa  mana-mana individu yang menghina agama Islam terutama di bulan suci Ramadan sewajarnya segera ditahan pihak berwajib dan dikenakan hukuman tegas.

Pihak berkuasa tidak boleh berkompromi ke atas pesalah yang jelas menista agama secara berulang kali. Orang begini patut ditangkap, dirotan dan dihukum secara takzir kerana menyebarkan kandungan tidak senonoh di khalayak ramai.

Apatah lagi ketika umat Islam sedang berpuasa dan menghidupkan ibadah di 10 malam terakhir.

Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa

Setiausaha Agung

Muafakat Ilmuan Islam (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *