Baitul MaqdisSejarah dan Tamadun

Strategi Membunuh Kanak-Kanak Untuk Melenyapkan Suatu Bangsa

  1. Apa yang dilakukan oleh tentera penjajah tidak ubah seperti apa yang disebutkan di dalam al-Quran apabila Firaun membunuh anak-anak lelaki. Ini bagi tujuan membun.uh masa depan mereka, memadam harapan dan melenyapkan hala tuju bangsa. Firman Allah:

وَإِذْ نَجَّيْنَاكُم مِّنْ آلِ فِرْعَوْنَ يَسُومُونَكُمْ سُوءَ الْعَذَابِ يُذَبِّحُونَ أَبْنَاءَكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَاءَكُمْ

“Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu;” (Surah al-Baqarah: 49)

  1. Menurut Sheikh Tantawi, startegi membunuh kanak-kanak ini adalah merupakan seksaan yang sangat berat buat satu bangsa. Ia memutuskan nasab generasi akan datang, menghancurkan hati kaum ibu, melenyapkan kaum lelaki secara perlahan-lahan sehingga mereka pupus. Kata Tantawi:

حيث كان أهل فرعون يقتلون الصغار قطعاً للنسل ، ويسترقون الامهات استعباداً لهن ، ويبقون الرجال للخدمة حتى ينقرضوا على سبيل التدرج ، وبقاء الرجال على هذه الحالة أشد عليهم من الموت

“Iaitu kaum Firaaun membunuh anak-anak kecik bagi memutuskan nasab generasi mereka, menjadikan para ibu mereka hamba, mengekalkan kaum lelaki berkhidmat kepada mereka sehingga mereka lenyap secara perlahan-lahan, dan kekallah kaum lelaki itu dalam keadaan yang menyakitkan ini sehingga mereka mati.”

  1. Namun, takdir Allah Maha Hebat. Segala perancangan Firaun berjaya dipatahkan dan Allah berjanji bahawa orang yang zalim itu tidak akan berjaya. Firman Allah:

إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ

“Orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya” (Surah al-Aan’am: 135)

  1. Teruskan berdoa buat saudara kita, hulurkan bantuan dan hentikan sokongan atau boikot mereka yang menyokong agenda kezaliman.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Timbalan Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *