Berbahagialah di sana… Murabbi
☆ Saya mengambil masa beberapa hari utk mencari kekuatan di atas pemergian Al Marhum Ustaz Soberi Awang.
☆ Tidak mampu melihat ulangan² video di medsos.
☆ Tahun 1999 Ustaz Soberi & Ustazah Hayati lah menyelamatkan saya dari seorang budak kampung yg tiada halatuju. Walaupun sudah tiada kekosongan tempat belajar di Kolej UNITI tetapi Ustaz Soberi lah yg bersedia menerima saya utk sambung belajar Pra Diploma Pengajian Islam bg mereka yg tiada asas bahasa arab dan pendidikan Islam. Ketika itu Ustaz Soberi adalah Ketua Program Diploma Pengajian Islam di Kolej UNITI.
☆ Ustaz Soberi merupakah Naqib pertama dalam hidup saya. Ustaz dan Ustazah Hayatilah yg mendidik saya menjadi seorang Ustaz dan Pendakwah. Tanpa pernah jemu mendidik saya selama berpuluh tahun. Bahkan mereka layan saya seperti keluarga mereka sendiri.
☆ lebih dari itu, di rumah mereka lah saya dan isteri melansungkan pertunangan.Nama Ustaz turut tercatat dalam sijil nikah saya sebagai saksi.
☆ 3 bulan saya dan isteri dipelawa utk tinggal bersama mereka ketika baru sahaja bernikah. Kami makan apa yg Ustaz dan keluarga makan.
☆ Sepanjang puluhan tahun saya kenal Ustaz, satu nama pun Ustaz tak pernah burukkan.
☆ Seorang yg sgt alim dan sgt warak. Sgt berhati² dlm perkara² haram & syubhah.
☆ Ustaz pernah cerita pada kami ketika kuliah Diploma yg Ustaz mencatit setiap sen perbelanjaan harian beliau selama puluhan tahun.
☆ Menjadikan Ustaz Soberi awang sebagai Murobbi perlu meletakkan satu penanda aras yg sgt tinggi utk di capai. Dan ia sgt baik bg seseorang anak murid utk berusaha mencapai standard yg tinggi.
☆ Baginilah Qudwah seorang murabbi, Dari Usrah pertama puluhan tahun lepas beliau memulakan nya dgn kalimah Allah dan memperingatkan tntg akhirat, dan beliau mengakhirkan jua kalimahnya dgn kalimah Allah dan akhirat.
☆ Bagi saya sebagai seorang anak muridnya, beliau menutupkan Qudwahnya utk diikuti bg semua anak muridnya yg beribu² dgn satu pengakhiran yg sgt sukar utk kami capai. Tetapi Insyallah kami akan berusaha sehabis baik utk mencapai Husnul Khatimah.
☆ Insyallah Ustaz Soberi Awang & Ustazah Hayati ,Saya akan teruskan perjuangan mengangkat kalimah Allah ini.
☆ Semua amal saya termasuk Geng ngaji adalah bahagian utk Ustaz & Ustazah. Berbahagialah di sana Ustaz. Insyallah kami akan menyusul.
~ Ustaz Mohd Sofee Mustafa – GengNgaji AstanaRaja
Sumber : (8) AlMarhum Ustaz Dr Soberi Awang… – Mohd Sofee Mustafa | Facebook