Jangan Memperleceh Ulama
- Kita hendaklah mendidik anak-anak agar sentiasa menghormati oleh alim lagi soleh. Para ulama seharusnya diberikan kedudukan yang sesuai dengannya.
- Para salafussoleh terdahulu menegaskan bahawa para ulama iaitu orang alim itu mestilah dihormati. Kata Abdullah bin al-Mubarak:
من استخفَّ بالعُلَماءِ ذَهَبَت آخِرَتُه
Barangsiapa yang merendah-rendahkan ulama, maka hilanglah (kebaikan pada) hari akhiratnya.
- Begitu juga al-Imam Ahmad berpesan:
لُحومُ العُلَماءِ مَسمومةٌ، من شَمَّها مَرِضَ، ومن أكَلَها مات
Daging ulama itu beracun. Siapa yang menghidunya akan sakit, barangsiapa memakannya (iaitu menyakitinya) boleh menyebabkan mati (hatinya).
- Malah Ibn Asakir pernah menegaskan bahawa menyakiti ulama akan menyebabkan jiwa seseorang itu mati kerana tidak memuliakan golongan yang dimuliakan oleh Allah. Kata beliau:
كُلُّ من أطلَقَ لِسانَه في العُلَماءِ بالثَّلْبِ، بلاه اللهُ عزَّ وجَلَّ قبل مَوتهِ بمَوتِ القَلْبِ
Setiap mereka yang menyatakan perkataan yang tidak elok terhadap ulama, Allah akan mengujinya dengan kematian hati sebelum kematian yang sebenar.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Timbalan Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)