DakwahKolumnisMunasabat Islam

Mengapakah Puasa Dibulan Ramadan Diikuti Enam Hari Syawal Sama Seperti Berpuasa Selama Setahun?

  1. Puasa enam pada bulan Syawal telah menjadi kebiasaan umat Islam di seluruh dunia. Walaupun ia sekadar sebuat amalan sunat, namun amalan ini amat besar dan dititikberatkan oleh para salafussoleh sejak zaman Rasulullah SAW. Bahkan Baginda menyatakan pahalanya sama seperti kebaikan puasa selama setahun.

Rasulullah SAW bersabda :

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.
(Hadis Riwayat Muslim)

  1. Bagaimana ganjarannya boleh menyamai pahala berpuasa selama setahun? Terdapat sebuah hadis yang mana Rasulullah SAW bersabda;

“صيام رمضان بعشرة أشهر ، وصيام ستة أيام بشهربن ، فذلك صيام سنة”

Berpuasa di bulan Ramadan seperti berpuasa selama 10 bulan. Dan berpuasa enam hari (selepas Ramadan) sama seperti berpuasa selama dua bulan. Maka kebaikannya itu menyamai puasa selama setahun”
(Hadis Sahih disisi Iman Ahmad, An-Nasa’ie, dan Ibnu Majah)

  1. Antara kebaikan puasa enam selain itu ialah seolah-olah menyamai solat sunat rawatib selepas solat fardu kerana ia dapat menampung kekurangan pahala pada ibadah wajib tersebut. Dalam kitab Jami’ Al-Usul Fi Ahadith Ar-Rasul ada menyebut,

أن صيام شوال وشعبان كصلاة السنن الرواتب “قبل الصلاة المفروضة وبعدها ، فيكمل بذلك ما حصل في الفرض من خلل ونقص. فإن الفرائض تكمل بالنوافل يوم القيامة..”

“Sesungguhnya puasa pada bulan Syawal serta Syaaban sama seperti solat sunat Rawatib sebelum dan selepas solat fardu. Maka ia akan melengkapkan apa sahaja yang kekurangan daripada amalan fardu tersebut. Sesungguhnya amalan-amalan fardu akan ditampung oleh amalan-amalan sunat pada hari kiamat..”

  1. Selain itu, para salafussoleh juga menggambarkan bahawa, antara tanda amal seseorang itu diterima ialah apabila dia suka mengulangi amal soleh tersebut selepas berlalu suatu tempoh.

ثواب الحسنة الحسنة بعدها ، فمن عمل حسنة ثم أتبعها بحسنة بعدها ، كان ذلك علامة على قبول الحسنة الأولى ، كما أن من عمل حسنة ثم أتبعها السيئة ، كان ذلك علامة ردّ الحسنة وعدم قبولها
Ganjaran terhadap suatu kebaikan itu ialah apabila tercipta kebaikan lain selepanya. Siapa melakukan suatu kebaikan kemudian diikuti dengan kebaikan selepasnya, maka itu merupakan petanda bahawa amalnya yang awal tadi diterima Allah Taala. Sesiapa yang melakukan suatu amal kebaikan kemudian diikuti dengan maksiat, maka itu merupakan petanda bahawa amalnya yang awal tadi di tolak dan tidak diterima.

  1. Disebalik kesebokkan kita dalam memenuhi undangan jemputan di rumah-rumah terbuka daripada saudara-mara serta sahabat handai, jangan lupa untuk merancang melakukan puasa enam. Semoga kita dapat konsisten atau tidak terlepas lagi puasa enam pada kali ini.

Wallahua’lam Bissawab.

Ustaz Abdul Halim Bin Ismail

Penyelidik Majlis Ulama Isma (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *