Berhutang untuk tunaikan Haji
Assalamualaikum ustaz,
Saya ada terfikir untuk membuat pinjaman bank bagi membolehkan ibubapa saya pergi haji. Adakah ini dibenarkan?
Jawapan:
Ia adalah harus berdasar keputusan yang telah dibuat oleh muzakarah majlis fatwa kebangsaan dengan syarat-syarat tertentu. Di sini saya sertakan keputusan muzakarah tersebut:
Hukum Skim Pinjaman Wang Daripada Koperasi Dan Seumpamanya Untuk Menunaikan Fardu Haji Atau Umrah
Tarikh Keputusan : 13 Jun, 2005
Tarikh Mula Muzakarah : 13 Jun, 2005
Tarikh Akhir Muzakarah : 15 Jun, 2005
Oleh : Muzakarah Kali Ke-69
Keputusan
i. Adalah harus seseorang berhutang untuk menunaikan haji atau umrah sekiranya diyakini mampu membayar balik hutang tersebut dan ia tidak menjejaskan kehidupan normalnya; dan
ii. Skim pinjaman tersebut hendaklah diuruskan melalui badan atau koperasi yang mementingkan prinsip ikhlas, taawun, adil dan telus dalam operasinya disamping bebas dari unsur-unsur riba.
Rujukan: Jakim
Sekian
والله أعلم
Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS