DakwahHadisIbadahMinda Pengerusi

Pintu masjid sudah terbuka sedikit, gandakan tawassul dengan amal soleh !

1. Alhamdulillah masjid-masjid di Negeri Perak telah mula melakukan solat Jumaat hari ini 22 Ramadhan 1441 bersamaan 15 Mei 2020.

2. Sebelum ini hanya 3 orang sahaja solat berjemaah dan tiada solat Jumaat tetapi mulai hari seramai maksima 12 orang boleh mengerjakan solat Jumaat.

3. Pintu masjid sudah terbuka luas sedikit tetapi masih tidak mampu untuk menerima kemasukan semua jemaah muslimin yang tidak tertahan-tahan lagi menahan rindu untuk hadir ke masjid.

4. Teringat peristiwa yang diriwayatkan oleh Imam al Bukhari dalam hadith yang agak panjang teksnya menceritakan 3 orang pemuda yang terperangkap di dalam gua lantas bertawassul dengan amal2 soleh mereka sehingga sedikit demi sedikit terbuka pintu gua dan akhirnya mereka selamat keluar.

أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ انْطَلَقَ ثَلَاثَةُ رَهْطٍ مِمَّنْ كَانَ قَبْلَكُمْ حَتَّى أَوَوْا الْمَبِيتَ إِلَى غَارٍ فَدَخَلُوهُ فَانْحَدَرَتْ صَخْرَةٌ مِنْ الْجَبَلِ فَسَدَّتْ عَلَيْهِمْ الْغَارَ فَقَالُوا إِنَّهُ لَا يُنْجِيكُمْ مِنْ هَذِهِ الصَّخْرَةِ إِلَّا أَنْ تَدْعُوا اللَّهَ بِصَالِحِ أَعْمَالِكُمْ فَقَالَ رَجُلٌ مِنْهُمْ اللَّهُمَّ كَانَ لِي أَبَوَانِ شَيْخَانِ كَبِيرَانِ وَكُنْتُ لَا أَغْبِقُ قَبْلَهُمَا أَهْلًا وَلَا مَالًا فَنَأَى بِي فِي طَلَبِ شَيْءٍ يَوْمًا فَلَمْ أُرِحْ عَلَيْهِمَا حَتَّى نَامَا فَحَلَبْتُ لَهُمَا غَبُوقَهُمَا فَوَجَدْتُهُمَا نَائِمَيْنِ وَكَرِهْتُ أَنْ أَغْبِقَ قَبْلَهُمَا أَهْلًا أَوْ مَالًا فَلَبِثْتُ وَالْقَدَحُ عَلَى يَدَيَّ أَنْتَظِرُ اسْتِيقَاظَهُمَا حَتَّى بَرَقَ الْفَجْرُ فَاسْتَيْقَظَا فَشَرِبَا غَبُوقَهُمَا اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتُ فَعَلْتُ ذَلِكَ ابْتِغَاءَ وَجْهِكَ فَفَرِّجْ عَنَّا مَا نَحْنُ فِيهِ مِنْ هَذِهِ الصَّخْرَةِ فَانْفَرَجَتْ شَيْئًا لَا يَسْتَطِيعُونَ الْخُرُوجَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ الْآخَرُ اللَّهُمَّ كَانَتْ لِي بِنْتُ عَمٍّ كَانَتْ أَحَبَّ النَّاسِ إِلَيَّ فَأَرَدْتُهَا عَنْ نَفْسِهَا فَامْتَنَعَتْ مِنِّي حَتَّى أَلَمَّتْ بِهَا سَنَةٌ مِنْ السِّنِينَ فَجَاءَتْنِي فَأَعْطَيْتُهَا عِشْرِينَ وَمِائَةَ دِينَارٍ عَلَى أَنْ تُخَلِّيَ بَيْنِي وَبَيْنَ نَفْسِهَا فَفَعَلَتْ حَتَّى إِذَا قَدَرْتُ عَلَيْهَا قَالَتْ لَا أُحِلُّ لَكَ أَنْ تَفُضَّ الْخَاتَمَ إِلَّا بِحَقِّهِ فَتَحَرَّجْتُ مِنْ الْوُقُوعِ عَلَيْهَا فَانْصَرَفْتُ عَنْهَا وَهِيَ أَحَبُّ النَّاسِ إِلَيَّ وَتَرَكْتُ الذَّهَبَ الَّذِي أَعْطَيْتُهَا اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتُ فَعَلْتُ ابْتِغَاءَ وَجْهِكَ فَافْرُجْ عَنَّا مَا نَحْنُ فِيهِ فَانْفَرَجَتْ الصَّخْرَةُ غَيْرَ أَنَّهُمْ لَا يَسْتَطِيعُونَ الْخُرُوجَ مِنْهَا قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ الثَّالِثُ اللَّهُمَّ إِنِّي اسْتَأْجَرْتُ أُجَرَاءَ فَأَعْطَيْتُهُمْ أَجْرَهُمْ غَيْرَ رَجُلٍ وَاحِدٍ تَرَكَ الَّذِي لَهُ وَذَهَبَ فَثَمَّرْتُ أَجْرَهُ حَتَّى كَثُرَتْ مِنْهُ الْأَمْوَالُ فَجَاءَنِي بَعْدَ حِينٍ فَقَالَ يَا عَبْدَ اللَّهِ أَدِّ إِلَيَّ أَجْرِي فَقُلْتُ لَهُ كُلُّ مَا تَرَى مِنْ أَجْرِكَ مِنْ الْإِبِلِ وَالْبَقَرِ وَالْغَنَمِ وَالرَّقِيقِ فَقَالَ يَا عَبْدَ اللَّهِ لَا تَسْتَهْزِئُ بِي فَقُلْتُ إِنِّي لَا أَسْتَهْزِئُ بِكَ فَأَخَذَهُ كُلَّهُ فَاسْتَاقَهُ فَلَمْ يَتْرُكْ مِنْهُ شَيْئًا اللَّهُمَّ فَإِنْ كُنْتُ فَعَلْتُ ذَلِكَ ابْتِغَاءَ وَجْهِكَ فَافْرُجْ عَنَّا مَا نَحْنُ فِيهِ فَانْفَرَجَتْ الصَّخْرَةُ فَخَرَجُوا يَمْشُونَ

Bahwa ‘Abdullah bin ‘Umar radliallahu ‘anhuma berkata; Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Ada tiga orang dari kalangan orang sebelum kamu yang sedang musafir hingga ketika mereka singgah dalam gua lalu mereka memasuki gua tersebut hingga akhirnya ada sebiji batu yang jatuh dari gunung hingga menutupi gua. Mereka berkata; Tidak akan ada yang dapat menyelamatkan kamu dari batu ini kecuali bila kamu berdoa meminta kepada Allah dengan perantaraan kebaikan amal kalian. Maka seorang di antara mereka berkata; “Ya Allah, aku memiliki kedua orangtua yang sudah uzur. Dan aku tidaklah pernah memberi minum susu keluargaku pada akhir siang sebelum keduanya meminumya. Suatu hari aku keluar untuk mencari sesuatu dan aku tidak beristirahat mencarinya hingga keduanya tertidur, aku pulang namun aku dapati keduanya sudah tertidur dan aku tidak mau mendahului keduanya meminum susu untuk keluargaku. Maka kemudian aku terlena sejenak dengan bersandar kepada kedua tanganku sambil aku menunggu keduanya bangun sampai fajar terbit, lalu keduanya terbangun dan meminum susu pada akhir siangnya. Ya Allah seandainya aku kerjakan itu semata mencari ridhaMu, maka bukakanlah celah batu ini. Maka batu itu sedikit bergeser namun mereka belum dapat keluar. Nabi SAW bersabda: Kemudian berkata, yang lain: “Ya Allah, bersamaku ada sepupuku yang menjadi orang yang paling mencintaiku. Suatu hari aku menginginkannya namun dia menolak aku. Kemudian berlalu masa beberapa tahun hingga kemudian dia datang kepadaku lalu aku berikan dia seratus dua puluh dinar agar aku dan dia bersenang-senang lalu dia setuju hingga ketika aku sudah menguasainya dia berkata; tidak dihalalkan bagimu merusak keperawanan kecuali dengan cara yang haq. Maka aku selamat dari kejadian itu. Lalu aku pergi meninggalkannya padahal dia wanita yang paling aku cintai dan aku tinggalkan pula emas perhiasan yang aku berikan kepadanya. Ya Allah seandainya apa yang aku kerjakan itu semata mencari ridhaMu, maka bukakanlah celah pintu gua ini di mana kami terperangkap di dalamnya. Maka terbukalah sedikit batu itu namun mereka tetap belum boleh keluar. Bersabda Nabi SAW: Kemudian orang yang ketiga berkata: Ya Allah aku pernah mengupah orang-orang lalu aku memberi upah mereka kecuali seorang dari mereka yang meninggalkan haknya lalu dia pergi. Kemudian upah orang tersebut aku kembangkan hingga beberapa waktu kemudian ketika sudah banyak harta dari hasil yang aku kembangkan tersebut orang itu datang kepadaku lalu berkata; “wahai ‘Abdullah, berikanlah hak upah saya!” Lalu aku katakan kepadanya; Itulah semua apa yang kamu lihat adalah upahmu berupa unta, lembu, kambing dan pengembalanya”. Dia berkata; “wahai ‘Abdullah, kamu jangan mempermain-main aku!” Aku katakan: Aku tidak mempermain-mainkan mu!” Maka orang itu mengambil seluruhnya dan tidak ada yang disisakan sedikitpun. Ya Allah seandainya apa yang aku kerjakan itu semata mencari ridhaMu, maka bukakanlah celah batu gua yang kami terperangkap didalamnya”. Maka batu itu terbuka akhirnya mereka dapat keluar dan pergi”.

5. Bertawassul dengan amal kebaikan tiada pertikaian di kalangan ulama pelbagai aliran. Maka kita gunakan kesempatan di akhir bulan Ramadhan yang doa orang yang berpuasa sangat mustajab untuk bertawassul dengan amal kebajikan kita yang kita lakukan semasa kita senang untuk melepaskan kesempitan dan kesukaran hidup kita dan membuka lagi pintu masjid agar lebih luas lagi selepas ini.

Sahibus Samahah Dato Hj Zamri Hashim
Timbalan Mufti Perak
Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *