IbadahSoal Jawab

Berwudhu’ untuk sentuh Al-Quran

Assalamualaikum ustaz,
Benarkah kita perlu ada wudhuk untuk memegang Al-Qur’an. Jika betul, apakah dalil-dalil mengatakan kita perlu ada wudhuk untuk pegang Al-Qur’an. Sesetengah orang takut memegang Al-Qur’an apabila mereka tidak dalam wudhuk, apatah lagi membacanya. Minta pandangan.

Jawapan:

Al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT kepada umat manusia adalah sebuah kitab suci yang mengandungi keseluruhan jawapan persoalan manusia di sarwajagat ini. Justeru menjadi keutamaan manusia untuk merujuk, membaca dan meneliti segala isi kandungan ayat-ayat al-Quran dalam pelbagai dimensi demi kesejehteraan manusia keseluruhanya.

Kitab-kitab utama mazhab dalam Islam, menjelaskan tidak membenarkan untuk seseorang Muslim menyentuh Mushaf atau al-Quran dalam keadaan tidak berwudhuk atau berhadas. Empat Mazhab terkemuka dalam Islam mengutarakan pendapat yang sama berhubung perkara ini berdasarkanΒ Β sebuah hadithΒ Β Sahih;

حديث ΨΉΩ…Ψ±Ωˆ Ψ¨Ω† Ψ­Ψ²Ω… رآي Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ΨΉΩ†Ω‡ ، Ψ£Ω† Ψ§Ω„Ω†Ψ¨ΩŠ Ψ΅Ω„Ω‰ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ΨΉΩ„ΩŠΩ‡ ΩˆΨ³Ω„Ω… ΩƒΨͺΨ¨ Ψ₯Ω„Ω‰ Ψ£Ω‡Ω„ Ψ§Ω„ΩŠΩ…Ω† : ” Ψ£Ω†Ω’ Ω„Ψ§ΩŽ ΩŠΩŽΩ…ΩŽΨ³ΩŽΩ‘ Ψ§Ω„Ω‚Ψ±Ψ’Ω† Ψ₯Ω„Ψ§ Ψ·Ψ§Ω‡Ψ± ” ΩˆΩ‡Ωˆ حديث جيد Ω„Ω‡ Ψ·Ψ±Ω‚ ΩŠΩŽΨ΄ΩΨ―ΩΩ‘ Ψ¨ΨΉΨΆΩ‡Ψ§ Ψ¨ΨΉΨΆΨ§Ω‹

Bermaksud:

Dari Amr bin Hazm, r.a.Β Β β€œ bahawa Nabi SAW telah mengutus surat kepada orang-orang Yaman: “Sesungguhnya jangan kamuΒ Β menyentuh al-Quran kecuali dalam keadaan bersuci,”.

Kesimpulan daripada Hadith ini, menjelaskan bahawa tidak dibenarkan menyentuh al-Quran melainkan dalam keadaan bersuci daripada sebarang hadas, samada hadas kecil mahupun hadasΒ Β besar, walaupun sentuhan itu sekadarΒ Β untukΒ memindahkan mushaf atau al-quran dari satu tempat ke tempat yang lain.

PendapatΒ Jumhur al-β€˜Ulama’ pula berpandangan membenarkanΒ Β sentuhan al-Quran sekiranya menggunakan lapik atau alas.

Namun begitu, adalah tidak menjadi kesalahan bagi orang-orang yang menghafal al-Quran atau orang perseorangan untukΒ membaca ayat-ayat al-Quran dalam keadaan berhadas, selagi mana tidak berlaku sentuhan dengan al-Quran.

Sekian Β ΩˆΨ§Ω„Ω„Ω‡ Ψ£ΨΉΩ„Ω…

Disediakan oleh:
Ustaz Mohamad Shukry Sulaiman
Ahli Panel MUIS

3 thoughts on “Berwudhu’ untuk sentuh Al-Quran

  • Pingback: Ψ§Ω„Ω‚Ψ±Ψ’Ω† Ψ§Ω„ΩƒΨ±ΩŠΩ…

  • abu mus'ab

    assalaamualaikum wbt.
    ada yang mengatakan boleh menyentuh mushaf al-quran dan terjemahan (contoh: al-quran darul iman) tanpa wudhu' sebab ia bukan 100% mushaf al-quran.
    mohon penjelasan.
    jazakallaah khayr.

  • salam, sedikit pandangan dan tidak berniat utk berjidal.

    tak silap didlm mazhab hanafi memebenarkan tanpa wudhu’ kerana wajhu dilalah pada perkataan ‘THOHIR’ dari hadis tersebut dan dari ayat quran – akhir surah waqi’ah merujuk kpd suci dr kekufuran dan bukan daripada hadas kecil, jadi dibenarkan mengikut pandangan hanafi.

    wallahu a’alam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *