KolumnisWanita & Kekeluargaan

Bagaimana Nikah Muta’ah Terjadi? (Siri 5)

…sambungan

Pandangan ulama’ Sunni tentang kahwin muta’ah.

Setelah kita melihat nikah muta’ah dari kaca mata syiah, maka sekarang marilah kita melihat apa kata ulama sunni mengenai nikah muta’ah ini.

i) Syeikh Azhar, Al-Marhum Syeikh Mahmud Syaltut pernah berkata, “Bahawa syariat yang mengharuskan perempuan berkahwin dalam satu tahun dengan 11 orang lelaki, dan mengharuskan pula lelaki berkahwin setiap hari dengan beberapa ramai perempuan tanpa membebankannya dengan bebanan dan tanggungjawab perkahwinan, tidak mungkin datangnya dari Allah swt Tuhan Sekelian Alam dan tidak juga ia syariat yang memelihara kesucian dan kehormatan manusia.
(Syeikh Mahmud Syaltut, AL-Fatawa, hal.274-275) .

Kenyataan Al-Marhum Syeikh Mahmud Syaltut ini lanjutan dari jawaban beliau terhadap hukum nikah muta’ah.

ii) Bekas Mufti Besar Pakistan , Mufti Wali Hasan dalam satu tulisannya pernah menyatakan:” Syiahlah satu- satunya ajaran di atas muka bumi ini yang menganggap jenayah berbohong dan berzina sebagai suatu yang mendatangkan pahala dan menaikkan darjat seseorang. Sesuatu aliran fahaman biar bagaimana hina sekalipun seperti Atheism tetap menganggap bohong dan zina sebagai tingkah laku yang salah dan tidak berakhlak, tetapi syiah menganggapnya sebagai sebahagian daripada tuntutan Iman dengan menukar nama bohong kepada “taqiyyah” dan zina kepada “muta’ah”.

…bersambung

Disiar semula dengan adaptasi:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *