Hukum Luqatah (jumpa barang orang lain)

Assalamualaikum ustaz,

Dalam kehidupan seharian kita lebih-lebih lagi bila duduk asrama, seringkali kita terjumpa barang hilang/barang orang tinggal. Boleh tak kita guna barang tersebut?

1. Saya pernah dgr ada ustaz kata jika tinggal di tempat waqaf, boleh pakai, tapi mesti niat untuk pulang?
2. Saya juga ada baca dalam hadith sahih bukhari muslim, boleh pakai selepas setahun. Tapi ada ustaz kata untuk 3 hari bahkan sehari pun ada?

Jawapan:

الحمد لله

Soalan ini berkaitan dengan luqatah iaitu barang yang hilang dari empunyanya .Salah satu dari matlamat syariah (maqasid syariah) adalah menjaga harta lebih-lebih lagi kalau harta itu kepunyaan orang Islam .Dan harta tidak boleh dimusnahkan begitu sahaja.

Apakah tindakan kita apabila kita terjumpa barang-barang di tengah jalan atau di tempat kita tinggal dan sebagainya?

Ulama’ telah memberi panduan kepada kita berdasarkan hadith-hadith Rasulillah SAW tindakan yang perlu kita lakukan. Antara perkara yang penting yang kita perlu ambil perhatian ialah kita menilai “barang “yang kita jumpa itu .

i.          Jika barang yang kita jumpa itu ,barang yang remeh dan tidak menjadi tumpuan penduduk setempat  seperti    roti ,buah-buahan ,kayu  maka orang yang menjumpainya boleh mengambil menafaat daripadanya tanpa perlu untuk mengiklankan penemuannya.Ini berdasar hadith Rasulillah SAW

لما روى جابر قال : ( رخص رسول الله صلى الله عليه وسلم في العصا والسوط والحبل يلتقطه الرجل ) رواه أبو داود .

Jabir meriwayatkan bahawa Rasulillah SAW memberi rukhsah untuk mengambil kayu rotan,tali yang dijumpai oleh seorang lelaki.

ii.         Jika barang-barang yang dijumpai itu barang-barang yang besar seperti kereta,tong sampah yang besar dan lain-lain  ataupun haiwan-haiwan yang mampu mempertahankan dirinya sendiri dan mampu mencari kehidupannya sendiri seperti lembu ,kuda dan sebagainya ,maka haram bagi orang yang menjumpainya untuk mengambilnya berdasarkan hadith nabi SAW  

( مالك ولها ؟! معها سقاؤها وحذاؤها ترد الماء ، وتأكل الشجر ، حتى يجدها ربها ) متفق عليه ،

Biarkanlah ia ! apa pula urusan kamu .Ia mampu mencari air sendiri an mencari makan sendiri sehingga ia bertemu dengan tuannya.

وقال عمر : ( من أخذ الضالة فهو ضال )

Barangsiapa yang mengambil haiwan yang sesat ssunggunya ia telah bersalah .

iii.        Jika barang yan ditemui itu berupa barang-barang yang tidak remeh di mata masyarakat setempat dan tidak pula barang-barang yang besar seperti kategori di atas maka ada tiga keadaan :-

a)         Jika ia termasuk haiwan yang boleh dimakan seperti ayam dan lain-lain ,orang yang menemuinya hendaklah menimbang langkah yang paling menguntungkan empunya haiwan itu samada

  1. Memakan dengan berhutang  kos nya apabila empunya nya ditemui.
  2. Menjual dan simpan wang jualannya untuk diserahkan kepada empunyanya selepas disimpan rekod spesifikasi barang tersebut
  3. Menjaga barang berkenaan termasuk menanggung kos jagaan (jika ada) tanpa memiliki haiwan  berkenaan ,apabila empunya menuntut semula , kos penjagaan itu dituntut semula daripadanya.

( خذها ، فإنما هي لك أو لأخيك أو للذئب ) متفق عليه

Bermaksud :Ambillah kerana haiwan itusamada untuk kamu , atau saudara kamu ataupun untuk serigala.

b)         Barang-barang yang mudah rosak dan tidak tahan lama seperti buah-buahan ,langkah yang perlu diambil seperti langkah-langkah di atas.

c)         Barang-barang yang ditemui itu tidak termasuk kategori barang a dan b di atas , hendaklah diambil atas dasar sebagai menyimpan amanah orang lain dan hendaklah dihebahkan di tempat ramai manusia .Berdasarkan hadith :

حديث زيد بن خالد الجهني رضي الله عنه ، قال : سئل النبي صلى الله عليه وسلم عن لقطة الذهب والورق ؟ فقال : ( اعرف وكاءها وعفاصها ، ثم عرفها سنة ، فإن لم تعرف ، فاستنفقها ، ولتكن وديعة عندك ، فإن جاء طالبها يوماً من الدهر ، فادفعها إليه ) ، وسأله عن الشاة ؟ فقال : ( خذها ، فإنما هي لك أو لأخيك أو للذئب )، وسئل عن ضالة الإبل ، فقال : ( مالك ولها ؟! معها سقاؤها وحذاؤها ترد الماء ، وتأكل الشجر ، حتى يجدها ربها ) متفق عليه

Berdasar hadith di atas langkah berikut perlu diambil

1.Rekodkan spesifikasinya

2.Hebahkan selama setahun .Ulama member panduan pada minggu-minggu awal dihebahkan setiap hari dan pada minggu-minggu berikutnya dihebahkan mengikut kesesuaian.Tujuan utamanya adalah untuk mencari empunyanya Maka paza zaman ini bolehlah gunakan teknologi yang ada untuk mencapai maksud berkenaan.

3.Jika cukup setahun empunyanya tidak menuntut , maka bolehlah dimiliki atau dijual tetapi hasilnya itu berstatus wadi’ah pada jagaan orang yang menemuinya .

4.Jika empunyanya menuntut pula selepas itu maka hendaklah diberikan selepas kita berpuas hati terhadap padanan antara spesifikasi barang berkenaan dengan maklumat yang diberi oleh empunyanya.

والله اعلم

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Ustaz Zamri Hashim
Sekretariat MUIS

8 thoughts on “Hukum Luqatah (jumpa barang orang lain)

  • March 26, 2010 at 8:54 am
    Permalink

    soalan kedua?
    “2. Saya juga ada baca dalam hadith sahih bukhari muslim, boleh pakai selepas setahun. Tapi ada ustaz kata untuk 3 hari bahkan sehari pun ada?

  • March 26, 2010 at 9:54 am
    Permalink

    hadith berkenaan difahami dengan huraian di atas.Mohon penjelasan lanjut dari ustaz yang kata utk 3 hari ataupun sehari ..

  • March 30, 2010 at 10:27 am
    Permalink

    soalan tambahan – apa maksud status wa’diah? boleh terangkan dalam bahasa yang mudah?

  • March 30, 2010 at 12:24 pm
    Permalink

    wadiah bermaksud dalam konteks jawapan di atas ialah hasil jualan barang berkenaan ,kita simpan dan serah bila tuanpunyanya datang .

  • October 19, 2010 at 11:07 pm
    Permalink

    salam..
    bagaimana pula kalau terjumpa duit?
    apakah hukum sekiranya kite mengambil dan gunakan duit tersebut?
    bagaimana cara yang sepatutnya diambil sekiranya terjumpa duit?

  • March 7, 2011 at 12:48 am
    Permalink

    apakah hukum kita mengambil surah yaasin yang ditinggalkan oleh pelajar asrama yang tidak diketahui pemiliknya…..???

  • March 13, 2011 at 6:41 pm
    Permalink

    assalamualaikum  ustaz.Macam mana dengan pakaian?macam saya yang duduk di asrama ni banyak pakaian yang ditinggalkan begitu sahaja.kalau dibiarkan akan dibuang pula oleh pekerja.minta pendapat ustaz.

  • September 5, 2011 at 7:18 pm
    Permalink

    assalamualaikum
    masa di kolej 2 tahun yang lepas sy trjumpa sebatang pencil tekan dan mengambilnye, dan menggunakannya. tp akhirnya sya berhenti menggunakannya kerana ada sahabat bercerita tentang hukum barang jumpa. masalahnya saya sekarang sedang belajar di universiti.saya masih menyimpan pencil tersebut dan tidak pernah menggunakannya.apa perlu saya buat?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *