Kenyataan RasmiUtama

2019: Moga tahun yang lebih baik untuk umat Islam

1. Majlis Ulama ISMA (MUIS) mengucapkan selamat tahun baru masihi 2019 untuk seluruh untuk seluruh umat Islam di serata dunia khususnya di Malaysia.

2. Moga tahun baru ini menjadi tahun yang lebih baik untuk umat ini. Maruah umat yang sedang dicabul diserta dunia dikembalikan, perpaduan umat yang sedang dipecah belahkan semakin diperkukuh serta hakikat Syariat Islam yang cube diseleweng secara berterusan dapat dilindungi. Moga kita semakin kenal siapa hakikat musuh dan teman kita.

3. Tidaklah adanya suatu azam lebih besar bagi seorang mukmin yang benar imannya melainkan dia sentiasa bercita-cita ingin melihat kesatuan umat dan kembalinya kedaulatan Islam di atas muka bumi ini. Inilah cita-cita seorang khalifah yang menyedari matlamat hidupnya mengabdikan diri pada-Nya

إِنۡ أُرِيدُ إِلَّا ٱلۡإِصۡلَـٰحَ مَا ٱسۡتَطَعۡتُ‌ۚ وَمَا تَوۡفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ‌ۚ عَلَيۡهِ تَوَكَّلۡتُ وَإِلَيۡهِ أُنِيبُ

“Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.” (Surah Hud: 88)

4. At-Tabari dalam kitab tafsirnya menyebut bahawa seorang mukmin itu tidaklah mencegah sesuatu kemungkaran serta menyeru sesuatu makruf melainkan dia ingin melihat masyarakat dan negara itu menjadi semakin baik dalam semua urusan mereka. Setiap seruan dan tegahan mukmin itu adalah berasaskan cintanya pada negara, bangsa dan umat ini.

5. Jika kita benar mencintai negara, bangsa dan umat ini tegaslah dalam melakukan amar makruf nahi mungkar. Bukan dengan duduk diam diri kononnya untuk menjaga hati pelbagai pihak yang akhirnya akan membawa kehancuran kepada umat keseluruhannya.

Moga Allah terus memelihara serta mengambalikan kemuliaan umat ini.

Dr Mohd Soberi Awang
Pengerusi MUIS

www.muis.org.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *