Pemartabatan Perundangan Syariah menuntut kesepakatan umat Islam
Berpeluang menghadiri Seminar Kebangsaan Mahkamah Syariah 2017 semalam di Kuala Lumpur bertemakan “Menelusuri Cabaran Melestari Masa Hadapan”. Suatu seminar yang bagus dengan pelbagai topik dari pelbagai perspektif menjadi perbincangan yg disampaikan oleh para pembentang yg menarik.
Walaupun umur perundangan syariah di Malaysia secara bertulis di dalam perlembagaan itu sudah mencapai umur 60 tahun namun perkembangan yg dilihat hingga ke hari ini tiada siapa dapat nafikan agak perlahan dan kurang memberangsangkan.
Dengan pelbagai isu seperti kesaragaman undang-undang yg tidak selesai, isu jwtn hakim yg masih ditahap rendah, isu akta profesion peguam yg menjadi persoalan, isu peringkat mahkamah syariah dll yg sebenarnya bukan isu baru tetapi diulang-ulang sejak puluhan tahun. Mendengar segala keluhan dan cabaran yg disampaikan oleh pembentang ini menyebabkan saya terfikir apa sebenarnya yang menyekat penambahbaikan ini.
Pada saya isu undang-undang syariah adalah seperti isu-isu islam lain di Malaysia juga, kesemua isu ini menghadapi masalah kerana tiada persepakatan di antara kita umat islam dalam memperjuangkan isu ini. Memang benar wujud satu pihak jujur mahukan undang-undang syariah ini didaulatkan tetapi ada pihak lain yang melihat isu ini sekadar untuk memenuhi kepentingan mereka, jika perlu mereka akan perjuangkan dan jika tiada keuntungan maka mereka akan senyap seribu bahasa.
Lebih menyedihkan wujud satu pihak lain yg langsung tidak ambil kisah dan mereka inilah majoriti dikalangan kita terutama sebahagian peguam syarie. Sebahagian mereka hanya selesa sibuk dengan periuk nasi mereka dan tidak berminat untuk berfikir soal lebih besar iaitu kedaulatan undang syariah.
Saya yakin, hanya apabila hakim dan peguam syarie mula lantang memperjuangkan pemartaban undang syariah, kerajaan yang mahukan perundangan syarak didaulatkan, negeri yang melihat kepentingan bersama lebih penting daripada sendiri serta rakyat yang ingin diadili dengan hukum hakam Islam maka saat itulah kita akan mula melihat undang syarak ini kembali dimartabatkan secara bersungguh seperti suatu masa dahulu.
Seperti mana tepuk sebelah tangan tidak akan menghasilkan bunyi begitu jugalah perundangan Islam tidak akan berdaulat melainkan adanya persepakatan diantara kita. Disinilah kita bermula dan disinilah kita perlu berperanan.
Muhammad Firdaus bin Zalani
Pegawai Penyelidik MUIS