BeritaUtama

Khilaf dalam fiqh tidak sepatutnya membawa kita berpecah

 

Perbezaan di dalam perkara yang boleh dibolehkan untuk khilaf seperti fiqh tidak sepatutnya sehingga membawa bala yang lebih besar iaitu perselisihan sesama umat Islam

“Perbezaan pandangan ini apabila diurus menggunakan adab khilaf akan menjadi satu rahmah kepada kita semua”

Syiekh Dr Ali Qarrahdaghi, Setiausaha Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia berkata demikian dalam laman sesawang rasmi baru-baru ini.

Tambah beliau lagi perbezaan pandangan adalah suatu perkara fitrah manusia kerana kita sendiri diciptakan dengan kepelbagaian dalam semua perkara termasuk cara fikir serta memahami sesuatu bendaa lagi-lagilah apabila wahyu itu diturunkan dalam bahasa arab yang kaya dengan kaedah memahami ma’ani disebalik sesuatu perkataan.

“Kalaulah syariat menetapkan hanya ada satu pandangan perlu dipegang maka ianya adalah kesempitan kepada umat Islam saat menghadapi keadaan, suasana atau zaman tertentu”

Beliau menyatakan jadi dalam keadaan ini apa yang perlu difikirkan oleh umat Islam serta ulama khususnya ialah bagaimana sesuatu perbezaan dalam cabang fiqh itu tidak membawa sehingga perpecahan akibat ketaasuban yang melampau.

“Kita perlu berfikir bagaimana perbezaan akal kita tidak sepatutnya membawa perbezaan hati kita”

“Penyatuan umat ini adalah kefardhuan yang tiada khilaf padanya, lagi-lagilah pada saat ini dimana umat Islam diacnam dan tidak akan mampu berbuat apa-apa melainkan adanya perpaduan sesama kita” tegas beliau.

 

sumber berita disini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *