al-Qaradawi: Moga Allah merahmati pejuang As-Syahid Mazen Fuqaha
QATAR, 28 MAC- Pengerusi Pertubuhan Ulama Muslimin Sedunia, Syiekh Dr Yusuf al-Qaradawi mengucapkan takziah atas kesyahidan pejuang Al-Qassam, Mazen Fuqaha yang dibunuh baru-baru ini di Semenanjung Gaza.
“Moga Allah merahmati Mazen Fuqaha’ yang merupakan seorang pejuang yang sangat berani, Ya Allah terimalah dia sebagai syuhada’, angkatkanlah derajatnya disisiMu dan Engkau tsabatkanlah saudara-saudaranya atas jihad jalan kebenaran”
kata beliau dalam laman Twitter nya semalam.
Mazen Fuqaha, 38, yang merupakan Komander Briged Izzuddin al-Qassam ditemui maut dengan empat das tembakan di kepala dalam insiden yang berlaku di pintu masuk rumahnya.
Mazen adalah anggota Hamas yang dibebaskan dari penjara Israel pada 2011 dan hidup dalam buangan di Semenanjung Gaza.
Mazen menjalani hukuman penjara di Israel pada 2003 atas tuduhan merancang serangan ke atas Israel serta pernah beberapa kali dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah Israel namun akhirnya dibebaskan dalam siri pertukaran banduan Gilad Shalit iaitu tentera Israel yang ditangkap pada tahun 2011.
Sumber asal