BeritaUtama

Al-Qaradawi menyeru Jumaat solidariti dan kemarahan untuk Aleppo

Baru-baru ini dunia Islam dikejutkan dengan serangan besar-besaran dan kejam oleh rejim Bashar serta sekutunya terhadap bandar Aleppo khususnya. Serangan tersebut telah membunuh ramai rakyat Aleppo termasuk dikalangan kanak-kanak, wanita serta orang tua. Melihat kepada hal ini, Syiekh Dr Yusuf al-Qaradawi Pengerusi Pertubuhan Ulama Muslimin Sedunia telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi sebagai bantahan terhadap kekejaman rejim serta seruan kepada seluruh umat Islam untuk menjadikan jumaat ini sebagai solidariti dan kemarahan bagi rakyat Aleppo.

Berikut adalah terjemahan kepada 6 seruan tersebut:

1. Kami menyeru semua pemerintah negara Arab dan Muslimin umumnya untuk menyatakan pendirian yang tegas terhadap keganasan serta kekejaman yang dilakukan rejim Bashar ke atas rakyat Syria yang merupakan seorang muslim berbangsa arab seperti dalam firmanNya:

وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتُ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِيَآءُ بَعۡضٍ۬‌ۚ

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; (At Taubah: 71)

2. Kami mempersoalkan tindakan OIC, Pertubuhan Negara Arab yang hanya melihat tanpa berbuat apa-apa terhadap tindakan rejim Basyar melakukan penghapusan etnik rakyat Aleppo. Adalah menjadi suatu kewajipan seorang muslim membantu saudaranya seperti yang disebut dalam hadis:

“Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain seperti sebuah bangunan, sebagian menguatkan sebagian yang lain.” [Shahih Muslim No.4684]

3. Kami juga menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan menggunakan undang-undang hak asasi manusia untuk memberhentikan darah rakyat Aleppo yang terus jatuh di atas kekejaman rejim.

4. Kami menyeru supaya badan-badan kebajikan seluruh dunia mengadakan bantuan kemanusian terhadap rakyat Aleppo yang diseksa serta menjadi pelarian daripada tanah air mereka.

5. Kami menyeru ulama muslimin untuk menyedarkan umat Islam seluruh dunia akan kekejaman yang berlaku di Aleppo serta mengeluarkan fatwa akan kewajipan membantu mereka. Bahkan ulama juga hendaklah menyeru supaya jumaat terdekat ini dijadikan Jumaat solidariti dan kemarahan bersama rakyat Aleppo.

6. Kami sekali lagi menyatakan pendirian kami akan sokongan dan simpati serta solidariti penuh, dengan semua ahli-ahlinya dan rakyat Aleppo. Kami juga sentiasa berdoa Allah untuk membalas dendam terhadap musuh-musuh mereka dan pengkomplot mereka.

وَٱللَّهُ غَالِبٌ عَلَىٰٓ أَمۡرِهِۦ وَلَـٰكِنَّ أَڪۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ

dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Surah Yusuf: 21)

Sumber asal disini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *