BeritaUtama

Persatuan Ulama Muslimin Sedunia mengecam tindakan kejam kerajaan China

ali qara daghi_2

Persatuan Ulama Muslimin Sedunia menyifatkan tindakan kerajaan China yang memaksa umat Islam yang berkerja sebagai peniaga di Xinjiang berbangsa Uighur supaya menjual arak dan juga rokok sebagai suatu tindakan yang kejam serta melanggar hak kebebasan seorang manusia.

“Tindakan ini bukan sahaja melanggar Aqidah serta kepercayaan bagi seorang Muslim, ianya turut bertentangan dengan hak kebebasan seorang peniaga”

Setiausaha Persatuan Ulama Muslimin Sedunia, Syiekh Dr Ali Qara Daghi berkata demikian dalam suatu kenyataan yang dikeluarkannya semalam.

Tambahnya, kerajaan China perlu menarik kembali arahan paksaan tersebut kerana tindakan sebegitu boleh menggugat suasana hidup secara harmoni sesama manusia yang berlainan agama dan kepercayaan.

“Bahkan umat Islam Uighur yang merupakan kelompok majoriti yang sepatutnya diberikan kembali hak-hak lain yang turut telah dirampas oleh kerajaan China”

Pada 29 April yang lalu, kerajaan China mengeluarkan suatu notis arahan supaya peniaga umat Islam di Xinjiang wajib menjual arak dan rokok serta menayangkannya di kedai supaya dilihat oleh orang ramai. Notis tersebut juga menyebut sesiapa yang gagal dalam mengikuti arahan ini boleh dihukum dengan ditutup perniagaannya serta dikenakan tindakan undang-undang.

“Kami juga menyeru umat Islam di sana untuk terus teguh menuntut hak mereka yang merupakan suatu keadilan dengan tuntutan secara aman serta berdasarkan perundangan” tegas Dr Ali Qara Daghi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *